Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.
Showing posts with label MPP. Show all posts
Showing posts with label MPP. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Harga Sebuah manifesto...

Gegaran manifesto yang sedang berlangsung di UMP sekarang ini masih lagi terasa.... apatah lagi dengan perdebatan ala presiden yang pertama kali di adakan sewaktu manifesto pada Sabtu malam di KK1.

Terkenang kembali memori semasa di pentas manifesto setahun yang lepas...

Mic stand masih ade lagi... sebelum selamat ku jatuhkan..he

Pada mulanya... agk berat hati kurasekan utk bertanding sebagai MPP.. kerna ku tahu.. tugas menjadi seorang peminpin bukannya mudah... kerana bak kate pepatah " Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul" 

Atas dasar perikemanusiaan..keadaan kehidupan kampus yang kurang baik yang sepatutnya mahasiswa dan mahasiswi UMP Pekan patut rasai...aku bangkit menyahut cabaran....walaupun banyak perkara pahit yang perlu ku telan..

Bercakap tentang manifesto.... semua orang boleh berkata mcm2x tntang janji manis mereka.... Tp ade beberapa perkara yang aku agk sedih dgn manifesto 2011 kali ini... ada sesetengah manifesto yang tidak berpijak pada bumi yang nyata... Ingat teman2x bakal pucuk pimpinan baru sekalian... Setiap manifesto yang dilaungkan itu adalah suatu janji kita pada audiens kita... atau lebih dekat lagi.... pd teman2x kita sendiri... yang akan terus diungkit selagi kita tidak dapat melaksanakannya...

Setelah mmbuat analisis dan menilai akan manifesto yang aku ingin bawakan mngikut kapasiti diri selaku wakil fakulti kejuruteraan mekanikal...

Ini adalah manifesto yang aku telah bawakan sebelum ini:

1. Menggesa pihak bertanggungjawab utk menambah baik perkhidmatan bas yang sedia ada..
2. Menambahbaik kemudahan surau FKM
3. Memperbaiki keadaan kafeteria di kafe fakulti.
4. Memperkasakan Mechapro

Untuk pengetahuan teman2x semua... ku tidak berseorangan dalam menjalankan tugas ku sebagai MPP di Pekan kerana kami bergerak atas satu pasukan...Tidak lupa juga pada sokongan padu drpd barisan pimpinan Mahasiswa di Pekan Saudara Amirul - Presiden Peka 5, Saudara Normazuan (Mamu) - Presiden Mechapro , dan juga Saudara Faris - Presiden EEES

TEMAN SEPERJUANGAN BARISAN MPM 09/10 DI PEKAN.....

Exco Kebajikan 2 ( UMP Pekan)

Exco Penyelidikan dan Tugas- tugas khas.

                                                                                                                                                                                                                                                                 
Exco Publisiti dan Informasi

Naib Yang Dipertua II 

STATUS MANIFESTO:

1. Menggesa pihak bertanggungjawab utk menambah baik perkhidmatan bas yang sedia ada:

* Keadaan Aircond bas yg telah diperbaiki..


Berkenaan dengan permasalahan ini..Kami di pihak MPM telah mengadakan rundingan dengan pihak JPPH untuk menyelesaikan masalah bas. Antara masalah yang telah kami bawakan adalah seperti asap masuk ke dalam bas melalui saluran Aircond, keadaan kerusi bas yang tidak diselenggara dan sikap pemandu bas yang adakalanya memandu secara bahaya.
Hasil daripada rundingan, sebelum bermulanya semester baru, pihak JPPH telah menjemput kami utk bersama - sama memantau keadaan bas di depot bas UMP Gambang. Alhamdulillah... penambahbaikan telah dijalankan.....
kalau diikutkan sebelum ini... keadaan bas di dalam bas yg sangat panas di waktu petang... Keadaan ini telah ditambah baik dengan sistem air cond yg diperbaiki dan air cond bas akan dihidupkan 30 minit sblm bas bergerak ke bus stop untuk mengambil pelajar.
Dan berkenaan dengan masa pergerakan bas, pihak kontraktor telah meletakkan konduktor bas di UMP PEKAN & di UMP GAMBANG... utk memastikan pergerakan bas berjalan lancar..

P/s tp pada sy pemantauan yg berterusan perlu dijalankan memandangkan performance perkhidmatan bas agk tidak konsisten... 

2. Menambahbaik kemudahan surau FKM

Perkara ini telah kami bangkitkan kepada En. Wan Rashid selaku timbalan Pendaftar di UMP PEKAN sejurus saja kami naik sebagai MPP dan Alhamdulillah proses pemasangan audio system telah disempurnakan dlm masa 2 minggu. 

Seterusnya, surau FKM telah dinaikkan taraf utk pelaksaan solat jumaat di dalam UMP PEKAN sahaja, tanpa perlu mahasiswa dan staff keluar utk menunaikan solat jumaat di masjid sekitar pekan..




3. Memperbaiki keadaan kafeteria 


Berkenaan dengan isu kafeteria.. Kami di pihak MPM telah membawa perkara ini terus ke peringkat Dato Naib Chanselor di kediaman beliau. Dan perkara ini telah diambil serius oleh Dato NC dan penambahbaikan kafeteria kolej kediaman telah disegerakan. Untuk isu kafe fakulti, perkara ini juga telah diperpanjangkan ke Dato NC dan  tindakan utk pngubahsuaian semula akan dijalankan utk menjadikan kafeteria ini brtutup.
Dato NC sendiri menjelaskan bahawa, pembangunan di Kampus Pekan agk perlahan atas faktor masalah dana pembangunan UMP yang tidak mencukupi daripada kerajaan.

Keadaan Kafeteria sebelum penambahbaikan..(open - air)


Keadaan kafeteria setelah penambahbaikan...(Covered)

4. Memperkasakan Mechapro:

Berkenaan perkara ini, sy ade mgadakan perbincangan dengan Presiden Mechapro dan seterusnya perbincangan dengan Prof. Rosli (Dekan FKM) utk menyelesaikan masalah kewangan Mechapro. Hasil perbincangan dengan Prof. Rosli, Prof. telah mengarahkan pelajar yang berhutang dengan mechapro membuat pembayaran. Akan tetapi masalah ini belum lagi selesai memandangkan masih ada lagi pelajar yang tidak melunaskan hutang dengan mechapro. 
Pd pndgn peribadi sy, Mechapro mgkin perlu mempergiatkan lagi aktiviti keusahawanan utk menjana kewangan kelab utk memastikan kelancaran dalam menjalankan aktiviti selepas ini.


Selama setahun  memegang jawatan selaku MPM mgkin msih ade lg beberapa idea dan perkara utk sy laksanakan kerana tempoh setahun yg trlalu singkat sy rasakan.. Sy dan teman seperjuangan MPM yg lain memohon ampun ampun dan maaf  atas kelemahan di pihak kami dalam membuat hebahan tentang pmbaharuan yang telah kami bawakan di UMP dan juga jika masih ada janji yg masih lg tidak terkota.....


*Kerana sy sedar... akan tingginya harga sebuah manifesto... ianya bukan janji2x kosong semata... kerana ianya perlu dikota...



HIDUP MAHASISWA!!!!



Sekian... Wassalam..




Sunday, February 20, 2011

Sape kate UMP PEKAN tak de life??

Kalau dulu UMP Pekan x de life mmg btul itu sy akui.... tp ape yg bole sy katekan.. kini tidak lagi.....
Sebab Mahasiswa UMP Pekan kini aktif bersukan diwaktu petang dengan aktibiti rekreasi.




Saudara Hanif berjogging dengan penuh semangat.


SUASANA PEMANDANGAN UMP PEKAN DI WAKTU PETANG...




Perpustakaan 3 tingkat yg berlanskapkan Tasik...


 Kawasan tasik yg menjadi tempat penenang jiwa....

Monday, April 12, 2010

ISU LATIHAN INDUSTRI (FKM DEGREE BATCH 08/09)

Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... selesai sudah perjumpaan diantara ayahanda Prof. Rosli sebentar td... disini sy ingin simpulkan beberapa info yang telah diperolehi sepanjang dialog selama sejam semalam....

1. Berkenaan dengan kenapa LI dijalankan di pertengahan Sem ?
(SANDWICH)

Berdasarkan syarat EAC sendiri.. LI tidak boleh dijalankan dihujung sem.. dan perlu dijalankan sekurang - kurangnya selama 2 bulan...
dan objektif EAC dlm pelaksanaan LI ini adalah utk memberikan peluang pada pelajar utk mendapatkn lebih pendedahan tentang keadaan sebenar di tempat latihan industri yg akan mereka pergi...

Hasil daripada itu mereka boleh mengenalpasti permasalahan industri di tempat LI mereka dan mereka boleh bawakan masalah tersebut untuk dijadikan tajuk BG PROJEK SARJANA MUDA (PSM) utk dianalisis dan dicari penyelesaiannya...Hal ini dilihat dapat memberi kesan yang baik pada pelajar dan pihak industri tersebut disebabkan adanya hubungan baik yang terbina diantara pelajar dan pihak industri dan ianya juga memudahkan pelajar utk bekerja dengan pihak industri tersebut sejurus sahaja tamat pengajian...

Selain itu, kita juga masih berpeluang menambah dan memperkasakan lagi ilmu kita sejurus sahaja kita selesai menjalani LI.. Hal ini kerana... ilmu yang kita perolehi sebelum kita pergi ke LI adalah lebih berdasarkan kepada teori semata - mata... Dan perkara ini jauh berbeza ketika kita menjalani LI yang mana ilmu yang kita perolehi adalah lebih kepada ilmu yang praktikal berdasarkan kepada situasi yang sebenar.. kesimpulannya..kita boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang dirasakan kurang untuk membolehkan mereka benar2x bersedia utk menjadi seorang Engineer yang profesional setelah kita graduasi nnti..

2. Bagaimana LI SANDWICH dijalankan?

Sebagai persedian awal, adalah lebih baik kita sudah mula mmbuat survey untuk tempat yang terbaek utk kita menjalani LI ( yg benar2x sesuai dgn jurusan dan pengkhususan yang diambil)..
Pihak fakulti kejuruteraan Mekanikal juga ada menyediakan banyak senarai Industri untuk pelajar FKM utk mnjalankan LI tetapi tempat LI yang terbaek (yg benar2x sesuai dgn jurusan dan pengkhususan yang diambil) adalah terhad.. Hal ini disebabkan persaingan sengit diantara kita dengan pelajar dari universiti lain.

Dari segi bilangan jam kredit untuk sesi LI yg baru ini adalah 8 jam kredit ( 6 jam kredit untuk LI dan 2 jam kredit lg untuk report LI)

3. Bagaimana pulak dengan perjalanan Kuliah pada sem hadapan ?

Pada sem hadapan, jumlah jam kredit yang kita akan ambil akan berkurang daripada average (17-18)jam kredit menjadi kepada (13-14) jam kredit..

Bagi pendaftaran subjek untuk semester hadapan... dekan FKM mengatakan kita perlu mendaftar pada sistem pendaftaran subjek yg telah dibuka sekarang dan sebarang perubahan akan diuruskan oleh pihak fakulti dan bahagian pengurusan akademik...

Untuk makluman... sesi perkuliahan untuk semua pelajar FKM akan berjalan selama 5 hari di Pekan. (isnin - jumaat)..bergantung kepada jadual perkuliahan setiap pelajar...

4. Adakah yuran LI?

Yuran untuk LI tidak pernah wujud seperti yang telah digembar - gemburkan sebelum...kesimpulannya... memang takde yuran LI la...

5. Bagaimana pula kalau nak repeat & repair subjek?

Untuk perkara ni... akan sy bahagikan kepada 2 kes...

i. Bagi pelajar yang hendak repeat subjek..(gagal pada subjek2x tertentu) anda boleh mengambil semula subjek tersebut pada semester lazim ( bkn semester pendek). Anda tidak akan dikenakan bayaran pertambahan subjek selagi total jam kredit anda tidak lebih dari 18 jam kredit..
Bagi pelajar yg ingin mengambil subjek (19-21) jam kredit anda perlu mendapatkan pengesahan daripada dekan fkm...

ii. Bagi pelajar yang hendak repair subjek (tak gagal tp nk repair grade) anda boleh mengambil semula subjek tersebut pada semester pendek...dan anda perlu membayar yuran untuk semester pendek tersebut...

Dan untuk makluman.. bayaran yuran untuk semester lazim adalah bayaran tetap.. dan bukannya berdasarkan atas bilangan subjek kita ambil... yuran yg kita bayar sekarang adalah dalam 10% daripada nilai yuran sebenar.. dan selebihnya adalah disubsidi oleh kerajaan...

Sekian saja untuk ulasan perjumpaan pada malam tadi.... sebarang persoalan dan kekeliruan boleh diajukan kepada saya ataupun boleh ditanyakan di kaunter pertanyaan FKM sendiri... sebarang perubahan atau pertambahan akan dimaklumkan kemudian.....

Saya doakan semua sahabat - sahabat semua dapat menjalani peperiksaan akhir semester dengan baik... dan semoga kita sama2x dapat result yang cemerlang InsyaAllah.. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan kesalahan yang telah saya lakukan kepada anda semua sama ada secara sedar atau tidak sedar....

ALL DA BEST FOR YOUR EXAM... GOOD LUCK!!!

Wednesday, February 3, 2010

KEMALANGAN DI KK4....

Dalam pukul 3 lebih tak silap.. sy telah dihubungi oleh rakan saya... die kate ade xcident kat KK4... tekejut sy dibuatnye... bru je last week ade kes excident... mggu ni ade lg.... bahaye btol... sy trus crik kete then bgegas ke tmpat kjadian....

kalau korg tgk... keadaan teksi nih... cbe korg bayang kan cmne IMPACT  die pada 2 org student tu....

Bile sy smpai kat tmpat tuh... pesakit telah dibwa ke hospital... dan yg ade disitu pak gard KK4 UMP....

 Pak Guard kat situ kate.. student tuh naek moto dari KK4 nk ke Lab...tp bhgn blkg moto diorg dirempuh sbuah teksi sblm completely mnyeberang ke bhgn dpn bngunan Chanselori... then kdua2x student tpelanting.. slepas bdan mereka mnghentam cermin teksi..

Selepas tu sy dan beberapa wakil MPM pergi ke balai... utk bjmpe pak cik yg langgar student tu... die mgaku die salah.... dier bawak laju...

TP PERKARA YG SY SEDIHKAN KAT SINI......

KAN ELOK KALAU DIORG PAKAI PROPER HELMET RATHER THAN SAFETY HELMET JE!!!

bler sy pegi tgk diorg kat ospital... Saudara Rabbani.. agk truk keadaan nya... cedera truk dibahagian luar kpala... bhgn dlaman sy tak pasti.. tapi kaki  dan tgn dier patah.. sorg lagi saudara Hafiz... sy tak dapat bjumpe dgnnye.. sbb dier berada dlm blik CAT scan dlm mse yg agk lame.... Harap smua rakan2x sme2x lah mndoakan mereka berdua semoga segera sembuh... dan semoga diangkatkan bala UMP nih....
Dato' NC , dekan JHEPA kita turut trut datg utk mlihat dan mguruskan keadaan rakan kita... Sy harap smua berhati2x ketika dijalan raya... bkenaan isu jejantas... masih lg kami usahakan...
Untuk makluman... pihak universiti tlah kmukakan pmohonan pada pihak JKR dan MPK sebelum ini... tapi hasil nye amat mnyedihkan... permintaan Universiti kita tidak diberi perhatian.. sedangkan permohonan utk pembinaan jejantas ni sudah beberapa kali pihak universiti hantar...kami pihak MPM akan cbe mncari alternatif lain utk mnyelesaikan masalah ini... See More..disini sy harapkan pada rakan2x yg berada di KK4 seeloknye pakailah helmet..sbb rakan kite yg kmlgn arituh cedera truk kat bhgn kepala.. sbb tak pakai helmet...harap dpt djadikan pglaman pd yg laen... :)

 
keadaan motor mangse..


 
kawasan dimana teksi baru start nak brek!!!


                                 
                          Rakan2x mangsa yg melawat di HTAA...


 

 

Friday, January 29, 2010

Isu2x dan perkembgan...

Salam dan selamat sejahtera... terima kasih atas sokongan anda semua... lebih2x lagi pada warga2x FKM dan warga mahasiswa pekan yg prihatin dan juga yg perlu dibela....
Bekenaan dgn isu2x panas yg sy bawakan dlm manifesto lepas.. akan sy trus pjuangkan.. tidak kira lah diposition mane sy berada dalam barisan MPP nih... ape yg sy rasakan... sbg MPP anda.. tu mrupakan amanat yg agak berat utk dipikul... tp dgn kepercayaan yg anda telah berikan pada sy... InsyaAllah sy akan usahakan yg terbaek dgn usahasama barisan MPP yg baru, Dekan FKM kite yg berjiwa student, dan tidak lupa juga mahasiswa2x yg senasib dgn diri sendiri.. yakni mahasiswa pekan... jikalau ada pkara atau isu yg tidak mnyenangkan kita, jika ada cadangan utk mnyelesaikan masalah kita ni... tak salah utk dikongsikan disini... SEKIAN.... WASSALAM....

*MAHASISWA AKTIF * MAHASISWA PROGRESIF

Sunday, January 24, 2010

PERJUANGAN KU UTK MENJADI SEORANG MPP!!

Salam semua..... InsyaAllah sy akan msuk bertanding dlam MPP demi mmbela hak kebajikan mahasiswa!!! Doakan sy berjaye!! Undilah saya jika anda rase sy benar2x layak utk menjadi pemimpin anda...Sekian terima kasih...