Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.
Showing posts with label TARBIYAH. Show all posts
Showing posts with label TARBIYAH. Show all posts

Monday, August 29, 2011

AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMPENA AIDILFITRI


Salam semua.. Maaf tak sempat nk menulis sejak 2 menjak nih.. idea ada.. masa tak da... Dikesempatan ni nk share tentang amalan2x yg digalakkan ketika di hari Mulia Syawal esok hari... 

Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . 
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 

2) Menjamah makanan sebelum keluar. 
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ; 
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. 

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; 
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". 

Disebut dalam sebuah riwayat : 
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله مناومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك 
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 ) 

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ; 
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. 
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). 

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ; 
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari) 

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. 

Rujukan: zaharudin.net via sahamump.blogspot.com

Tuesday, August 23, 2011

Pecutan Terakhir ~ LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN~


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr


Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.


Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.


Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut


Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.


Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.


Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.


Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:


Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut


1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Source: FB SAHAM UMP 

Saturday, August 6, 2011

AKADEMI RAMADHAN vs AKADEMI FANTASIA apakah pilihan anda??

Di bulan Ramadhan yang mulia ini.... Sedarkah kita yg kita berada di Akademi Ramadhan??? Jgn pikirkan Akademi Fantasia (AF) ka... Ameer Farhan (AF)  saje ye.... hehe.

Alhamdulillah.... ada satu wadah ilmu yg ingin sy 'Share' kan disini... yg saya perolehi di taman syurga mlm semalam....

Apakah dia?

Perkara ini mudah saja... Tp semakin dipandang enteng oleh Saudara2x Islam kita sekarang ni.....



Seberapa kerapkah kita membaca Al - Quran & Menghayati Maknanya????




Kita pernah mengatakan CINTA ke keatas Rasululllah S.A.W.. Tapi...
Seberapa kerapkah kita berselawat ke atas Rasulullah???



Mudah saja utk kita melepak di Shopping Complex One Utama & Segala...
Tapi mudahkah kita utk melepak di Taman Syurga (Majlis ilmu) pula??



Jadi... apa yg ada di fikiran anda sekarang?

Mahu Follow the Flow saja?
@
Mahu try something different???

Inilah masanya...

SELAMAT DATANG KE AKADEMI RAMADHAN!!!


Antara pakej2x yg ditawarkan:

  • Amalan pahala sunat akan diganjarkan dengan pahala wajib... Apatah lg ganjaran amalan pahala Wajib??? pikir2xkan sendiri la ye?? Math dapat A kan? ;D

  • VOUCHER Makan special secara FREE selama sebulan...di masjid... disertakan dengan pakej solat maghrib berjemaah selepas besantap... X mau kah anda?

  • JOGGING?? larat ke bolan pose nih huh?? taK payah nk jogging2x bolan pose nih... Zaman jogging dah abih bro.. "ala2x parodi KL Gangster.... hehe.. Di akademi ini.. telah ditawarkan senaman santai selepas solat Isyak...Kalau anda masih belum kenal ape name senaman tuh... name die senaman solat Terawih..

  • Jiwa Kusut?? Jiwa Kacau??? Mahu carik ketenangan?? anda boleh dapatkan kapsul TAzkirah semasa solat Terawih...

    Firman Allah:
    “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” -Al Fath 4.



Jd apa tunggu lagi?? Ayuh bersama mnyertai Akademi RAmadhan...

CAranya??




JOM PERGI MASJID..


MAcAM 2x ADA... 


Tidak akan berlaku suatu perubahan tanpa sebarang tindakan.... 


Ayuh.. rebut peluang.. selagi masih ada...


TOP PRIZE!!!





MALAM LAILATUL QADAR yang ganjaran pahalanya umpama beribadah seribu bulan...Satu pelaburan yg bijak!!



AYUH BERSAMA USAHAKANNYA!!!







Sunday, May 22, 2011

Tahukah Anda???? ISTINJAK & ADAB2XNYA ?

Selalu kita masuk ke tandas... disebabkan oleh NATURE CALL..... Tp taukah kita.. Apakah adab2x memasuki tandas yang berteraskan Sunnah Rasulullah? Disini ada jawapannya...


1. Memasuki tandas @ bilik air dengan memulakannya dengan melangkah kaki kiri terlebih dahulu (H.R Tirmidzi). Membaca doa’ masuk tandas terlebih dahulu.
Doa:



2. Keluar dari tandas dengan memulakan kaki kanan terlebih dahulu. (H.R Ibnu Majah)

3. Membaca doa keluar dari tandas: DOA

4. Tandas adalah tempat berkumpulnya syaitan, lebih lama kita didalamnya tanpa keperluan adalah mudharat pada kita, maka disunnahkan agar jangan lama2x di dalam tandas. Sebaiknya bila sudah selesai melunaskan hajat secepatnya keluar dari tandas. (H.R. Ibnu Majah).

5. Jgn membawa lafaz @ tulisan “Allah” dan lafaz “Muhammad” @ ayat2x Al-Quran ke dalam tandas. ( H.R. Nasai)

6. Digalakkan memakai penutup kepala semasa berada di dalam tandas @ bilik mandi dan membukanya sekira ada keperluan untuk membasahkan rambut kita sendiri. (H.R. Ibnu Saad).

7. Ketika membuang hajat, seeloknya jangan menghadap kea rah kiblat dan jangan pula membelakangkannya tetapi menghadaplah selain dari arah kiblat. Dibolehkan untuk menghadap atau membelakangi kiblat bila berada di dalam bangunan. Itu pun bila keadaan memaksa.(H.R. Bukhari, Nasai, Muslim, Tirmidzi)

8. Buang air besar dan kecil hendaklah dalam keadaan mencangkung. (Seeloknya mencangkung lah mengikut cara Rasulullah). Jangan dilakukan secara berdiri. Buang air kecil berdiri adalah cara yang dilakukan oleh orang2x Yahudi dan Nasrani. ( H.R. Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai.)

9. Hendaklah menggunakan tangan kiri ketika beristinjak @ hanya menyentuh kemaluan. Jangan menggunakan tangan kanan walaupun kita tetap akan mencuci tangan setelah memegangnya.(H.R Bukhari, Nasai, Muslim, Tirmidzi)

10. Seeloknya tidak bercakap – cakap di dalam tandas atau di bilik mandi dengan orang yang berada di dalam tandas atau di luar tandas. ( H.R Abu Daud, Ibnu Majah)

11. Tidak dibenarkan  berdua – duaan di dalam tandas, kecuali bagi suami isteri dibolehkan bersama dalam bilik mandi. Rasullullah S.A.W juga pernah mandi bersama isterinya.(H.R Abu Daud, Ibnu Majah).

12. Tidak dibenarkan menjawab salam ketika berada di dalam tandas kerana di dalam kalimah salam terdapat  lafadz Allah. Untuk menjawabnya cukup dengan sekadar berdehem sahaja ataupun sekadar memberi isyarat.(H.R Muslim, Tirmidzi, Nasai).

13. Benda – benda yang boleh digunakan untuk beristinjak adalah: air, batu, tanah liat yang keras dan kertas. Dan digalakkan menggunakannya ketika beristinjak sebanyak tiga kali atau dalam bilangan yang ganjil. (HR. Bukhari, Ibnu Majah)

14. Jangan membuang air di lubang binatang, di jalan tempat laluan orang, tempat berteduh, di sumber air, di tempat pemanduan, di pohon yang sedang berbuah, atau air yang mengalir ke arah orang yang sedang mandi atau mencuci (HR. Muslim, Tirmidzi).

15. Boleh membuang air kecil menggunakan Pisspot ( Takungan air kecil yang biasa digunakan oleh orang yang sakit). Rasulullah S.A.W biasa meletakkannya berdekatan dengan tempat tidur beliau. ( HR Nasai).

16. Tidak boleh beristinjak atau membersihkan kemaluan setelah buang air dengan memakai tulang atau kotoran binatang yang sudah sudah mengering. Rasulullah S.A.W melarangya kerana benda2x itu dinyatakan sebagai makanan bagi para jin. ( HR. Muslim, Nasai).

17. Jangan bercakap, makan, menyanyi dan bersiul selama berada di dalam tandas atau di blik air.

18. Disunnahkan agar menggunakan air dengan cermat. Rasulullah S.A.W biasanya menggunakan air dengan menggunakan sukatan seperti ukuran air untuk berwudhuk, buang air kecil dan untuk mandi.

19. Hati – hati dengan percikan air kencing kerana ini adalah salah satu dari bahayanya kencing berdiri. Rasulullah S.A.W menerangkan bahawa banyak orang disiksa di dalam kubur kerana tidak berhati – hati ketika istinjak dan tidak sempurna ketika wudhuk. ( HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah)

20. Jangan menampakkan aurat di khalayak umum. Usahakan bertutup semasa membuang air atau pergi jauh sehingga tidak kelihatan oleh umum. Jangan samakan diri kita dengan binatang yang buang air di mana – mana saja dan terbuka begitu saja. (HR. Muslim, Tirmidzi)

21. Lelaki tidak dibolehkan melihat aurat sesama lelaki dan wanita tidak dibolehkan melihat aurat sesama wanita. (HR. Ibnu Asakir).

22. Dimakruhkan kencing di tempat mendi. Dikhuatiri sisa air kencing mengenai badan orang yang akan mandi di sana sehingga akan menjadi najis baginya. (HR. Tirmidzi).


23.Jari – jari yang tidak dibolehkan untuk instinjak adalah jari telunjuk dan ibu jari.
Contoh2x najis:

1. Kencing manusia (HR. Muttafaq ‘alaih)
2. Wadi, (cairan yang likat yang keluar mengiringi kencing). (HR. Ibnu Mundzir)
3. Kotoran Manusia. (HR. Bukhari)
4. Madzi, iaitu cairan yang keluar kerana dorongan syahwat. (HR. Bukhari)
5. Darah haid/ nifas.

P/s: Untuk penjelasan yang lebih baik tentang cara pelaksanaan.. Seeloknya diadakan muzakarah bersama Ustaz @ Ustazah.. utk mendapatkan penjelasan yg jelas dari segi praktikal. Takut tersalah paham saja jika sekadar membaca artikel ni saja.. sbb fahaman kita berbeza2x.. dan tidak dapat mengikut amalan Rasulullah yang sebenarnya.. Selamat Beramal... :)

Dipetik dari buku: Shahih Fikh Sunnah

Monday, May 16, 2011

3 Tanggungjawab seorang anak lelaki kepada kedua ibu bapanya..


Tggungjawab insan:

Seorang anak lelaki berhak menegur keluarganya jika berlaku kepincangan moral ataupun terdapatnya kesilapan yg dilakukan oleh ahli keluarga...


Tanggungjawab harta:

memberi nafkah zahir seperti pmbiayaan sara hidup kedua orang tua... Apabila mereka memerlukan..... Jgn diabaikan mereka begitu sahaja..cuba sediakan apa yg mereka perlukan.. 

Tanggungjawab tubuh badan:

Seorang anak lelaki perlu mnjaga kebajikan ibu dan ayah..andainya ibu dan bapanya sudah tidak terdaya membersihkan diri maka anak lelaki lah yg membersihkan tubuh ibu bapa mereka...

Diharap ilmu yg sedikit ini dapat sama 2x kita amalkan... Wahai anak lelaki yg sama sepertiku... Sayangilah ibu bapa... Hargailah mereka sementara mereka masih ada... Kerna doa mereka adalah satu keberkatan utk kita Insyaallah..

Sumber : Perkongsian...cerita usrah di tv9... Ari rabu kul 10pm..

Wednesday, April 27, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI ~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Perkongsian daripada Artikel di Facebook...

Saturday, April 23, 2011

Jodoh Pertemuan Allah yang menentukan... Berusaha utk mendapatkan rezeki Allah jua diperlukan...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.Namun,kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik,rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Dan bila?Itu bukan kerja kita.Jadi,berusahalah dengan baik,Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang.Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?Kan itu dibenarkan oleh syariat?Barangkali sebab waktu itu tidak ada facebook & twitter? " gurau saya.

Memang belum ada.Tetapi ada cara lain.Gambar dan cara-cara yang lain ada,tetapi sebenarnya ada sebab lain...."

Dalam diam,saya rasa hairan.Dia orang yang sangat saya hormati.Sahsiah dan kepimpinanya sangat menawan hati.Tentu ada sebab yang kukuh dan ampuh untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah bercinta. Dia teman lama sejak sekolah rendah lagi," jelasnya.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan yang tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya.Lepas,bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

SATU AMANAH

"Itu kisah sebelumnya.Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" tanya saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus,abang terus pinta guru agama carikan jodoh.Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru?Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya.Guru memberi kebebasan.Mahu melihat dulu,silakan.Tidak mahu,tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat.Kenapa?"

"Eh,kamu masih tegar dengan soalan asal.Begini,bekas kekasih abang dulu sangat cantik.Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan.Takut-takut,bakal isteri tidak secantik kekasih lama.Jadi abang tekad,nikah terus tanpa melihat wajahnya".

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali,"Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan?Setelah nikah,abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga".

Sekali lagi dia senyum.Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan.Jauh di lubuk hati,saya mengakui dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dan wnaita yang telah kita nikahi....."

Pendek dia menjawabnya,namun terus menusuk ke hati saya.

Tanpa dipinta,dia menyambung," Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah,dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.Pada waktu itu,bagaimanapun keadaan wajahnya,siapa pun dia,sudah menjadi soal kedua."

CANTIK ITU RELATIF DAN SUBJEKTIF

"Abang tidak takut,kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang?Maksudnya,er..er..kita masih manusia bukan?" Saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya,kita masih manusia.Tetapi kita bukan sekadar manusia.Kita hamba Allah dan khalifah.Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu.Untuk melaksanakannya,kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wnaita tetapi ilmunya,akhlaknya,pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi,untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun ingat,Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri.Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah,pasti tidak akan dikeecewakan-Nya.Orang yang baik berhak mendapat yang baik,bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif.Beauty is in the eye of the beholder,bukankah begitu?Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama.Malah ia juga beruah-ubah mengikut masa,usia dan keadaan.Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"maksud abang?"

Dia diam sebentar.Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya.Orang budiman dan beriman,menilai kecantikan kepada budi dan akhlak.Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokuskepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk,dia menambah lagi,"Cantik juga relatif mengikut keadaan.Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merengus.Sebailknya,wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum,sedia membantu dan memahami hati suami."

"Ya,betul tu!" kata saya.Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,"Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

WASILAH MEMILIH JODOH

" Bagaiman sebaik selepas berkahwin?Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan,isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya,yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni,masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga.Ingat,yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya.Itulah pengalaman abang.Hari ke hari,kecantikan isteri semakin terserlah.Entahlah,apa yang Allah ubah.Wajah itu atau hati ini?"

Wah,dia semakin berfalsafah!Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" tanya saya.Ingin saya terus menvungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah,kita akan sentiasa melihat keindahan.Sebaliknya kalau hati rosak,keindahan tidak akan ketara,sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari yang lain."

'Ah,tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

JADI ORANG BAIK DAN PILIHAN ORANG BAIK

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara.Pertama,jadilah orang yang baik.Insya Allah,kita akan mendapat jodoh yang baik.Kedua,ikutlah pilihan orang yang baik.Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

"Tapi bang,ramai yang menolak kaedah kedua.Kata mereka,mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa.guru atau siapa jua sekalipun merek orang yang baik-baik."

"Tak mengapa,kalau begitu ambil cara pertama,jadilah orang yang baik.

"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik.Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata,"Kamu menyoal bagi pihak orang lain,bukan?"

Saya diam.Dalam senyap saya akui,inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak.Maksudnya,jika kita berusaha menjadi orang yang baik,Insya Allah...Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik.Ataupun,kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah,kedengaran berbelit-belit ayatnya,namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik,bukan?"

"Kerana mereka bukan orang yang baik",jawabnya pendek.

" Bukan,bukan begitu.Bolehkah terjadi orang yang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya,tidak mengapa.Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya sama ada untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah.s.a.w.

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi.Pertama,mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.Hikmahnya,Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasanagn orang yang tidak baik.Bukankah Allah telah berjanji,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam.Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

JODOH URUSAN ALLAH

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya.Ya,itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik,dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik,tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai.Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir!Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar,tetapi ditolak.Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah.Sudah dicatat di alam rahim lagi.Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami.Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik.Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita,terimalah sebagai ubat.Katalah,kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik,tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah..........bersabarlah.Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga.Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut,Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."

Tok,tok,tok.Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk.Wajah"abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.

Wajah isteri terserlah di sebalik pintu.Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri,apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"

"Ah,hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya,tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan,tetapi di pertengahannya,penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"

~~ “Ya Rabb.... Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU..". ~~
~SEKIAN~

Dipetik daripada majalah solusi Isu 29: Al-Kisah Tentang Jodoh.