Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Sunday, November 14, 2010

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...



LELAKI 

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 


BERATKAN? 

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. 

WANITA : 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya , 2. isterinya , 3.anak perempuannya , dan 4. saudara perempuannya. 

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya . 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya . 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) 

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Hikmah sujud - 

Sujud lega sistem pernafasan 

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 

- meringankan bahagian pelvis. 

- memberi dorongan supaya mudah tidur. 

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 

- mengurangkan kegemukan. 

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Tujuh kalimat 

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut " 

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. 

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa 

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan 

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda. 

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim. 

AMIN. 

Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan. 

Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan! 

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya. 

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat). 

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka. 

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji. 

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam. 

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata. 

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata. 

Credit to Tok Wan... ^_^ x

Thursday, October 21, 2010

Perhimpunan Perpaduan IPTA di Kundasang Sabah...

Salam semua... setelah sekian lame tak menulis.... hurm.... (mcm2x lah karenah dan masalahnye.. laptop rosak.... bizi dengan test itu dan ini..) akhrnye datang gk seru nk menulis kat blog nih... hehe...

26 - 30hb yg lepas... kali pertame diriku ini mnjejakkan kaki ke kepulauan borneo atau lbih spesifik... Di sabah la..


Sblm pergi ke kepulauan borneo nih.. ade rase teruje jgk la.. sbb ade sorg kawan sy nih... sibok dok promote kate sabah besh!!! huh betulkah??? benarkah??? sohih kah?? mgkin betol kot sbb die penah blaja kat situ...huhu...  tkpe... time tu tedetik di hati... " we'll see" ..   : p   ...

Satu program yg agk lame kurasakan... mcm2x klas dan lecturer aku tepakse korbankan... for my new journey nih... kuliah mechanical design, heat transfer, automatic control..measurement and instrument...dan tak lupe leadership class yg best telah jugak aku Korbankan...adoyai... kne Catch - up blik la nih...

Setelah sekian panjang bermukadimah... hhehe... (semangat sbb laptop baru pulih.. ^_^ selepas pmbedahan skrin)..we come to the real stoty.... jeng2x...

Seawal jam 9 pg lagi.... ku dan 3 rakan ku dah terpacak di Terminal kuantan utk menaiki belon kami yg pertame...


Journey utk ke Sabah ni tak ambik mase yg lme sgt... skojap je.... Dr Terminal kuantan >> Klia >> Kota Kinabalu..



Pemandangan drpd atas...sblm meninggalkan semenanjung...
Subhanallah.. memang cantik pemandangan kat atas nih.. 
Awan bentuk cm asap nuklear pulak... kaboom!!!

Transit kt KLIA jp sblm ke K.K..

Alhamdulillah selamat tiba di KK pd jam 6.30pm..

Setelah smpai di K.K rse cm pelik pulak... sbb dah gelap gelita... cm dh kul 8pm lak time tuh...
Lepas kami tiba di K.K kami di bawa oleh urusetia program utk mnymbung perjalanan ke Kundasang selama 2jm stgh....
Grrr.....sejuknye... da la pakai baju sekeping je... naseb baek bdn tak sekeping... sekepal je... Grrr... sejuk kat sini.. sume pserta pakai sweater kat sni...X pela...layan je...time ni nk challenge ketahanan anti-bodi ( mggunakan term medic sket...dgn izin... kih3x..)..
 Cube teke.. gmba ni tngkap dlm kul bape?? 5.50pg...
 Sempat berposing berbackground kan Gunung Kinabalu...

Sempat jugak belajar seni kebudayaan kat sini.. tarian Sumazau.. (sumayau nme famous nye..).. thanks to kak Amor.. bg tnjuk ajar... huhu..

Walaupun mule2x menari cm robot.. lame2x bleh la..lpas dapat tune..
thanks to kak amor again..

Selepas perbincangan utk mghasilkan resolusi berkenaan isu semasa. 

Resolusi diperhalusi dan dibentangkan di hadapan peserta sblm dibawa ke peringkat kementerian.



Travel2x jugak bah...tp bgaimana dengan input nya bah?? alamak... slang Sabahan dah melekat pulak dah...erm... nk wat pngumuman sikit  kat sini... utk input program nih.. akan sy kongsikan dlm post seterusnye... kire post kali ni lebih kpd perkongsian pengalaman travel ke tempat baru.. :)
Rasenye sekian dlu utk perkongsian perjalanan sy di Sabah... lepas ni mane pulak ye? Ke kawasan padang pasirkah?? jeng3x... :p
 





SALAH FAHAM DALAM BERTUDUNG ::

Setiap perempuan ibarat sebatang lolipop
Pada hari ini, dapat kita perhatikan ramai muslimah mulai sedar akan kewajipan mengenakan tudung. Kita dapat lihat bagaimana seorang muslimah sebelumnya tidak bertudung, kemudian mula mengenakan tudung. Alhamdulillah, Rahimahunnallah. Walau bagaimanapun, sayangnya kebanyakan dari mereka masih belum mengenakan tudung yang benar-benar sesuai dengan kehendak syariat. Kebanyakan dari mereka memakai tudung mengikut trend atau hanya ingin dilihat lebih islamik. Mereka lebih mementingkan keanggunan, kecantikan tanpa mempedulikan apakah benar tudung mereka betul atau tidak.


Kebanyakan tudung yang dijual hari ini tidak cukup untuk menutup aurat secara sempurna melainkan meninggalkan celah-celah yang memperlihatkan aurat. Menurut jumhur ulama, aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sebagaimana ulama ahli tafsir Imam Al-Qurthubi berkata, pengecualian itu adalah pada wajah dan telapak tangan. Yang menunjukkan hal itu adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah:

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian tipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya : “Wahai Asma ! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini.” Kemudian beliau menunjuk wajah dan telapak tangannya. Allah Pemberi Taufik dan tidak ada Rabb selain-Nya”. Maka, selain muka dan telapak tangan, tidak boleh terlihat walaupun sedikit.
Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam melarang para wanita muslimah berpakaian ketat. Dan batasan ketat adalah tergambarnya bentuk salah satu anggota tubuh yang termasuk aurat. Usamah bin Zaid pernah berkata :
Rasulullah pernah memberiku baju Quthbiyah yang tebal yang merupakan baju yang dihadiahkan oleh Dihyah Al-Kalbi kepada beliau. Baju itu pun aku pakaikan pada isteriku. Nabi bertanya kepadaku : “Mengapa kamu tidak mengenakan baju Quthbiyah ?” Aku menjawab : Aku pakaikan baju itu pada istriku. Nabi lalu bersabda : “Perintahkan ia agar mengenakan baju dalam di balik Quthbiyah itu, karena saya khawatir baju itu masih bisa menggambarkan bentuk tulangnya.” (Ad-Dhiya Al-Maqdisi dalam Al-Hadits Al-Mukhtarah I/441; Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad Hasan).
Sungguh menghairankan sesetengah muslimah yang sudah menyedari akan wajibnya menutup aurat, namun di dalam hatinya masih ada keinginan untuk menonjolkan bahagian-bahagian tubuhnya agar terlihat indah di mata laki-laki. Waliyyadzubillah. Sehingga mereka pun memakai tudung secara ala-kadar sahaja. Kesilapan muslimah yang menggayakan tudung pada hari ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian.



1.Antara tudung yang popular dipakai masa kini adalah tudung lilit atau tudung pendek. Hampir kebanyakan muslimah menggayakan tudung jenis di mana banyak dipengaruhi oleh pemakaian artis-artis tempatan. Rata-rata daripada mereka akan mengatakan tudung jenis ini ringkas, tidak rimas dan senang dipakai. Namun tidak syak lagi pemakaian jenis ini mendedahkan dada. Padahal telah jelas dalil menyebutkan:

“Dan hendaklah mereka menutupkan jilbab ke dada mereka…” (QS. An Nur : 31)


2. Antara kebiasaan yang selalu dilakukan muslimah pada hari ini adalah memasukkan tudung ke dalam baju atau memakai jaket atau coat diluarnya. Ini menyebabkan hilangnya fungsi tudung untuk menutupi bentuk tubuh bahagian atas. Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? Mengapakah mereka tidak boleh mencotohi Pasukan Puteri Islam yang tampak molek dengan tudung tidak dimasukkan ke dalam baju tetapi masih boleh berfungsi sebagai satu pasukan? Ini adalah persoalan yang perlu diperhalusi lagi.

Dan ada juga mereka2 yang suka ber'sweater' sahaja dan memasukkan tudung ke dalamnya. alasan mereka, malas tukar baju lengan panjang dan kelihatan simple begitu. Tetapi,hukum tetap hukum. Jika sweater yang dipakai besar dan longgar dan tidak menampakkan bentuk dada dan pinggang, tidak mengapa, harus dipakai. yang menjadi masalah sekarang ialah sweater sekarang banyak yang bersaiz adik2. jadi haram lah hukum bagi perempuan2 yang teringin menutup aurat dengan sweater yang kecil come gitu.
=]


Kesimpulannya, dapat dinyatakan disini, jumhur ulama berpendapat bahawa panjang minima bagi suatu tudung adalah sampai menutupi dada dengan sempurna. Namun ini bukan bererti sekadar melepasi sepanjang itu. Kerana seringkali diterpa angin, maka bahagian dada akan tersingkap. Maka, tidak ada pilihan lain bagi muslimah kecuali mengenakan tudung yang lebih panjang dari itu. Dan inilah pendapat sebagian ulama dengan mengambil zahir dari perintah Allah pada surat Al-Ahzab ayat 59:

Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mumin : “Hendaklah mereka mengulurkann jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” (QS. Al Ahzab : 59)

Walau demikian kami bersyukur kepada Allah, bahawa sekarang mulai terlihat kesedaran dikalangan muslimah di negara kita untuk mulai mengenakan tudung. Walaupun sebahagian besar masih belum memenuhi kriteria syar’i, namun kami berharap saudari-saudari kita muslimah sentiasa berproses dan memperbaiki diri dalam pemakain tudung hingga sesuai dengan apa yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Kita berharap semoga kaum muslimah kita yang dimuliakan oleh Allah, sentiasa memperbaiki diri dan menjaga kehormatan dirinya dengan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Beragama dengan kaedah yang benar sesuai Al Qur’an dan As Sunnah, bukan hanya mengikuti perasaan, atau mengikuti apa yang dianggap baik oleh kebanyakan orang. Wallahu a’lam.

Feel free to copy/share. Don't ask

Friday, September 24, 2010

Kembalilah kepada fikrah... InsyaAllah.. Hatimu akan menjadi lebih tenang...


بسم الله الرحمن الرحيم


Salam... ampun maaf... sudah lame dah tak berkongsi dalam cakna89 nih....

Mungkin atas batasan mase agaknye... ah.... itu alasan semata - mata agaknye... kih3x...


Selamat hari raye saya ucapkan pada semua.... (maaplah kalau korg rase dah expired!!!) huhu
 

Hurm.....

Itulah lumrah hidup... selalu saje kite rase tak cukup dgn mase yg diberi oleh Allah S.W.T .....

Sedangkan... Allah S.W.T Maha adil dalam urusan ini... 24 jam sehari kita diberi....tapi kita selalu saje rase tidak mncukupi...  kenape ye agknye??? hurm... jom pikir same2x...

Test... Assignment..... Lab report yg berbondong2x dgn mgikut standard lecturer yg ketat sekali standardnye...  & tugas sbg seorang pemimpin seringkala melelahkan...

Setiap tugasan yg  ade.... selalu ku susun mengikut prioriti... dan target mase utk ku siapkan...mase utk diri sendiri dan rakan jg cube aku sediakan.. tp....

tak semua yg aku rancangkan... akan berhasil pada waktunye... ** aku terlebih angkuh rasenye...

Dengan mase yg terhad  utk aku laksanakan segala tugasan pada waktunye... seringkali membuat ku merase terhimpit.... 

Selepas beberapa ketika...smbil berkongsi dengan kawan... baru ku sedar akan kesilapan diri.... yang aku hanyelah hambe...hamba Allah yg lemah...yang hanye mampu merancang...dan Allah S.W.T lah yg menentukan segalanya....syukran teman....

** kesimpulannya... kawan2x.. jgnlah kite terlalu angkuh pada Allah.... Allah itu Maha agung... lagi Maha mengetahui akan setiap perkare yg akan kite hadapi..Sematkan lah dihati... yg Allah sentiasa dekat dihati....Same2x lah kite bermuhasabah diri...

sekian saje nukilan....

dr seorang hamba Allah yg khilaf yg  masih lg cube memperbaiki diri....

** maaf klau byk kesilapan tatabahase dan kkdg agk kasar bgnye... ini smue hanyelah luahan rase... 

* same2xlah kite renungi maksud disebalik Surah Al - Asr.. 







 


 



Tuesday, September 7, 2010

PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN AL-MUBARAK



Pejam celik, pejam celik.... sekejap je lagi ramadhan akan meninggalkan kite... rase sedih bile keindahan dan hikmah ramadhan... akan berakhir tak lame lagi......

Bang.. bace Yassin Bang... jgn jeling2x kamera.. hehe..



Bermulalah aktiviti pada malam bulan ramadhan... dengan solat terawikh berjemaah di Surau FKM.. Di imami oleh ustaz2x daripada luar...yg berbeza2x cara bacaannya sepanjang bulan ramadhan... solat terawikh dijalankan dengan suasana yg agak santai dengan pengisian di tengah2x selepas selesai 4 rakaat....

1st day berpuase.... 1st time berbuka puasa beramai2x  kat UMP Pekan...menarik je rase walaupun dalam keadaan yang sederhana..Ape yg menariknye kat sini.. sume mahasiswa bekerjasama dalam menyediakan makanan utk jemaah2x yg berpuasa..dekat sinilah.. nilai volunteerisme dikalangan mahasiswa dapat diterapkan.. dapat bebuka bersame sahabat2x dalam talam rase cm btambah sodap je lg...

sedapnye!!! bandung nih....sme cm wane baju..

Selain itu, ada juga majlis bubur lambuk di UMP Pekan... yg dijalankan secara bersama oleh warga Pekan.
Sempat menggodek bubur lambuks lepas abih lab fluid mechanics...series sedap... hingga menjilat jari kaki.. :p

Selain itu dalam bulan Ramadhan ini jugak sy ade berkunjung ke beberapa buah universiti lain utk program lawatan muhibah MPP...

Destinasi pertama: UIA

Sempat bertukar2x idea dalam urusan kebajikan dan pembangunan mahasiswa.

Sesi perbincangan bersama MPP UPM

Sesi perbincangan bersama MPM KUIM

Sesi perbincangan bersama MPP UTEM

Alhamdulillah... sekarang ni sy berade di kampung... sekarang ni program kemas - mengemas lah pule...
hurm...

Pada fasa ke ke - 3 Ramadhan ni..... seeloknye bersame - same lah kite maksimumkan mase yg ade dgn amal yg dapat menambahkan lg pahala ibadah kite... moge ketiga - tiga fasa Ramadhan kite pd tahun ini lebih baek dari tahun2x yg sebelumnya... insyaAllah...

Sekian saje perkongsian...utk kali ini... :) 
















Thursday, July 29, 2010

19 HADITH BERKENAAN MU WANITA...



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.





11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-Anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Friday, July 2, 2010

Gunung Stong telah selesai ku daki..ngeh3x...






Subhanallah!!!! tu kalimah yg terdetik di hati... time mnikmati pemandangan yg cantik di waktu pagi ketika di kem Baha....Suasana dingin... dan biru.. rase sangat aman dan menusuk kalbu... angin yg dingin rase mcm menggigit - gigit kulit nih... aiseh... sempat time ni ngn tempat ni la sesuai nk bermadah berpuisi.. hehe...


Gunung2x bersebelahan terlindung diselaputi dek awan...
Setelah hampir sebulan planning utk program pendakian...wat paperwork... meeting2x sket... stdy tmpat gunung yg nk didaki..pastuh present kat dekan.. Alhamdulillah... akhirnya.. terlaksana jugak prgram nih....

GUNUNG STONG LEADERSHIP ECO- CHALLENGE tulah nme yg ku beri....


Program ni adalah bertujuan utk mengeratkan lg ukhuwah diantara barisan pemimpin pelajar di UMP.. Sje je biarkan sume peserta same2x rase susah senang dalam pendakian.... ade yg putus tali bag time pendakian.... ade grup yg masak nasik mentah...phew.. bkn laki yg masak...pempuan tu...huhu...ha... merase lah grup mereka... makan nasik mentah..ngeh3x... baru tau... bukan senang nak tanak nasik pakai mass steal..(mgkuk aluminium utk cmping)..


Program ini bermula dgn sesi taklimat...pada ari selasa..16 June... keesokan hari nye.... shopping beli barg utk naek gunung...mlm tu smua peserta bersiap utk pergi ke gunung Stong pkul 11 mlm...

Lepas 7 jam perjalanan... Dari UMP ke RnR KESEDAR .. Alhamdulillah.. syukur... sume selamat sampai ke destinasi....
Kitorang disambut oleh Guider En. Opie... dan kami bergerak utk memulakan pendakian .. ke Baha Camp Site...

Pendakian kitorg ke Camp site yg setinggi dalam lebih kurang 500m ke atas.. pendakian telah mengambil mase selama 2 jam setengah... letih ar rse... cm nak tercabot kaki... sbb ni la 1st time nk mndaki gunung nih...