Sepanjang dalam proses kite menuntut ilmu... kekadang ade jugak la rase cam Blur2x...fening2x lalat.. dan fening2x unta pun ade... he..
So ade Tips yang sy telah petik drpd Majalah Solusi Isu 30. Harap dapat dijadikan manfaat bersama.. InsyaAllah...
1. Ilmu dituntut kerana Allah S.W.T bukan kerana duniawi.
2. Niat belajar untuk mengeluarkan diri daripada kelompok mereka yang jahil.
3. Niatkan untuk menyebarkan ilmu yang ada itu dan memanfaatkannya dengan membantu masyarakat.
Jauhi Maksiat yang dapat menggelapkan hati.
Tuntutlah ilmu di mana pun kita berada. Ilmu tidak terhad di dalam kelas dan perpustakaan malah boleh ditimba di rumah, pejabat, masjid, seminar dan sebagainya. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud: " Hikmah (ilmu) itu umpama barang orang Mukmin yang hilang, dimana sahaja kamu menjumpaainya, ambillah ia". (Riwayat al - Tirmizi)
Ibn Abbas ditanya oleh seseorang: Bagaimana kamu perolehi ilmu yang banyak?" Maka beliau menjawab: "Dengan banyak bertanya." Manakala Imam Abu Hanifah pula menjadi alim kerana banyak berbincang dan berdebat.
Sekiranya seseorang terpaksa bekerja semasa menuntut ilmu ilmu, ia tidak menjadi masalah. Hendaklah dia sentiasa mengulangkaji pelajarannya dan jangan malas. Ini kerana, kefakiran dan kemiskinan seseorang itu bukan penghalang untuk menjadi alim.
Sentiasa bersyukur dengan lisannya dan seluruh anggota badannya dan meyakini bahawa segala ilmu itu adalah anugerah Allah.
Sentiasa memohon hidayah daripada Allah dengan berdoa. Mohonlah juga moga Allah tambah ilmu kita dan terangkan hati untuk menerima ilmu yang baru dan memahaminya.
Sentiasa memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat bakhil termasuklah bakhil ilmu. Oleh sebab itu, ilmu perlu disebarkan supaya boleh dimanfaatkan.
Berusaha untuk zuhud iaitu tidak tamak kepada harta.
Tentukan masa mengulangkaji, Belajarlah secara konsisten setiap hari walaupun tidak lama.
Elakkan bosan dalam belajar. Anggaplah belajar itu menyeronokkan dan santapan yang paling enak untuk minda. Sentiasalah merasa ketagih menuntut ilmu untuk menghambat perasaan bosan dan malas.
Sekian Wassalam... Renung2x kan dan selamat beramal.. =)
No comments:
Post a Comment