Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Sunday, February 21, 2010

FORUM ANTI DADAH KEBANGSAAN 2010 (USIM)

Setelah beberapa hari bercuti dan sempat juga ziarah kedua atuk dan nenek.. Sy dan saudari Azura selaku wakil bg UMP telah pergi ke USIM utk program forum anti dadah.....

    Back drop program


  Prog. baru nak start...


                                ku mnerima input dgn fokus.. utk ku kongsikan bersama rakan2x semua..

     Taklimat drpd En. mohd. Nazar tntg peranan mahasiswa dlm pncegahan penagihan dadah..

                    Ku terlibat sbg panel dlm sesi Forum tntg tnda amaran dan langkah pencegahan penagihan dadah

            Sesi penutup (org sebelah saudara syazwan wakil pemadam UTM)

Kat sini sy ingin kongsikan serba sedikit apa yg telah saya perolehi spnjng mnyertai prog...


Adakah anda tahu bgaimana seseorang tu bleh terlibat dgn NAJIS DADAH???

  • TEKANAN PERASAAN
  • SJE TRY (SIKAP INGIN TAHU)
  • PENGARUH RAKAN
  • PYALAHGUNAAN UBAT- UBATAN
Bagaimanakah pula dgn LANGKAH PENCEGAHAN??




Utk mnangani masalah ini secara holistik (bersepadu) kita perlulah bertindak dr akar umbi sehinggalah ke pgkal daunnya..yakni dgn mmbina jati diri (sistem pertahanan diri) utk mmbndung anak2x kita terlibat dgn najis dadah daripada peringkat awal lg.. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"....

INSTITUSI KEKELUARGAAN:

Ingin dipendekkan cerita.... dr peringkat akar umbi.. Institusi kekeluargaan itu sendiri perlu lah kita perkasakan... perlu dingat wahai mahasiswa dan mahasiswi sekalian... perkahwinan bukannya hanya utk seronok2x sahaja...sebenarnya dlm perkahwinan kita perlu sedar bahawa kita memikul tnggungjawab yg sgt berat..lebih2x lg dlm mmbesarkan permata (anak) yg lahir hasil ikatan perkahwinan yg terbena..
Jikalau anda seorg Engineer dan pasangan anda seorg doktor.. sejauh manakah anda mmpu utk meluangkan masa bersama anak2x? Adakah kita mmpu utk monitor anak kita pd setiap waktu?? seperti dirasakan agk mustahil bukan?? Jd disini.. Quality time bersama family dgn cara makan bersama dan solat berjemaah bersama dan juga skiranya jika mmpu pergi bercuti bersama antara lgkah utk mgeratkan lg ikatan kekeluargaan..Pembangunan Intelligence Quotient (IQ),Emotional Quotient (EQ) dan Spritual Quotient (SQ) adalah sgt2x diperlukan pada anak2x zaman skrg sbg asas perlindungan bg diri mereka untuk mnangkis anasir2x negatif yg datang pada mereka dan juga pengisian masa lapang dgn aktiviti berfaedah sperti klas mngaji, kelas renang, kelas piano utk anak2x perlulah diberikan perhatian. Dapat kita lihat.. kanak2x zaman kini lebih mndapat pendedahan tntg bermacam2x perkara.. dan pkra ini jauh skli berbeza dgn keadaan pada zaman mak ayah kita...Jd disini...cara didikan yg dberikan pd anak2x perlulah relavan dan berteraskan agama..  Islam sbg agama yg lengkap (syumul) sy rsakan wajarlah kita ikuti pnduannya tnpa perlu bersusah pyh mncari formula bru utk mndidik anak2x pada masa kini. (mcm de pglaman plak sy bcerite nih... ceh2x.. ni sy dpt hasil pkgsian dgn facy2x prog. ye.. :p mereka2x ramai yg dah berkeleuarga..)

PERINGKAT SEKUNDER:

Sebagai seorang guru, mereka juga memainkan peranan penting dlm mmbntuk jati diri seorang murid... Kita bermula dgn pendidikan pra sekolah @ tadika guru2x sudah boleh mula mnyemaikan dalam diri murid2x tntg apa yg mereka ingin jd bila mereka sudah besar nnti... selain itu juga... guru2x sudah boleh mnerapkan stigma DADAH ITU MERBAHAYA  dalam diri murid2x.. langkah ini dirasakan remeh.. tp percayalah.. kanak2x di pra sekolah lebih bersifat menerima.. dan mereka mudah utk menerima apa yg diajarkan oleh cikgu mereka..
Seterusnya.. bila mereka berada di sekolah Rendah dan menengah, Guru2x perlu fokus pada falsafah 3M (menulis,membaca, mngira) kemahiran yg amat penting sy rsa dan dgn krjasama kakitangan AADK  dan PEMADAM bolehlah diadakan aktiviti sperti perkemahan anti dadah dan juga pameran2x utk murid2x mengetahui bahaya dadah dgn lebih jelas.. Sgt mnyedihkan.. ketika sy mlihat tygn klip video (maaf tak dpt attach.. tk smpat mntak video drpd pncrmah) adk2x kita yg bru brusia 10 thun sudah mnghidu gam... antara soalan yg diajukan oleh pnemuramah...
pnmuramah: adk umo brpe?
adk: drjh 4
penemuramah: sronok ke hidu gam? da berape lme da adk hidu gam?
adk: fuyoo!!!  satu.. dua.. sbulan... stahun..(dia mngira guna jari)...ermm..kahwin seronok kak...

HAA!! ape nih? nmpak tak? laen ditnye laen pulak yg dijawab.. nmpak sgt mental adk kite ni da tak betul.. cbe kite bygkan adk kite sndiri yg terlibat dgn hidu gam nih.. apakah yg kita akan lakukan??? jgn lah sisihkan mereka... BANTU DAN BIMBINGLAH MEREKA!!!

Diperingkat sekolah menengah... adk2x ni perlu dibimbing bgaimana kemahiran utk bersosial beserta batasannya.. kemahiran asertif (mnolak dgn cara yg baek) trhadap prkara buruk dan kmahiran mnilai org adalah perlu...seharusnya..ibu bapa perlu mndidik anak mereka mnguruskan kwangan dan cara urus diri utk mgelakkan brlakunya tekanan jiwa atas msalah kwgan dan mslah2x lain..

Dan sekarang.. Tiba lah mase nye utk peranan kita sbg seorang MAHASISWA YG PEDULI!!..
Peranan kita sbg seorang pelajar yg berada di taman ilmu (universiti) .. kita perlu perkayakan ilmu dan kmahiran di dlm diri..sbg contoh.. dlm isu pncghan penagihan dadah.. kita perlu mmpunyai ilmu tntg dadah utk kita memeranginya... supaya kita dapat educate org laen.. tidak dapat dinafikan.. ada segelintir rkn sperjuangan kita ditaman ilmu yg terlibat dgn gejala pnagihan dadah... Ayuhlah.. kita dekati mereka.. bantulah mereka.. dan jgn lah kita pulak yg terlibat SAMA!!!

Akhir sekali... di PERINGKAT TERTIER;
Seluruh masyarakat perlu bekerjasama dgn badan2x anti dadah utk bersama2x memerangi MUSUH NO.1 NEGARA.. ( NAJIS DADAH) dgn mnjayakan prog. yg dianjurkan oleh pihak 2x yg berkenaan.. dan juga bersama mmbendung perkara ini.. dalam mnjadikan MALAYSIA BEBAS DADAH 2015.. Secara kesimpulannya...demi mncapai matlamat pnyelesaian yg holistik.. semua org memainkan peranan dalam memerangi  DADAH itu sendiri..Ayuhlah... kite mgmbil berat akan isu ini jgn smpai pkara ini blaku pada ahli kluarga kita sndiri...Renung2xkan dan selamat beramal... :)

sekian terima kasih...













2 comments:

Naim said...

bgus2x*clap2*

:)

Anonymous said...

hello world