Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Sunday, May 30, 2010

The Beauty of Usrah.....

Exam2x.. jugak... Enjoy2x jugak.... ha... nk citer lah kan... time study week aritu.. sempat jugak la nk berPICNIC ngan ahli usrah.. kat Sg. Lembing.... mmg terbaek punyela...Ala2x sempoi2x gitu... huhu...smua geng2x usrah bergerak seawal jam 8pg...


 
      Time baru sampai kat tempat picnic..

Food tester menjalankan tugas diawal pagi utk mnentukan keselamatan makanan.. ngeh3x.. :p 


Menikmati kedinginan air sungai lembing diwaktu pagi... memang..sejuk!!!

Sambil ku berendam.. ku membungkus AIR!!! hahaha....

Sharing moment bersame ahli Usrah.... mmg best.. dpt gk top up knowledge pepagi...

Bile korang nk siap masak nih??? aku dah lapo da nih... 
(food tester nk wat kje... ngeh3x)

Sesi testing mentesting...besame naqib (kat sblh kanan..abg nik nme die... promote2x...)

Lepas sesi testing mentesting...mandi utk SECOND ROUND pulak.. mandi sampai puas.. jero @ azrul ngn adi pulak gi memancing kat hujung sg...pastu bertolak pulang time nk dekat2x waktu zohor....

Pada sahabat2x yg tgh ber LI (latihan industri)... Selamat ber LI
All da best!!!

BEST LA picnic nih..... NNTI KITE WAT LG SEM DEPAN YE??....

Wednesday, May 26, 2010

Jika Theodor Hezrl Mampu Lakukannya, Kenapa Tidak Kita?

Namanya cukup gah di kalangan yahudi Zionis kerana inilah orangnya yang bertanggungjawab menggagaskan idea negara Israel laknatullah. Walaupun dia adalah musuh nyata kaum Muslimin, namun ada pengajaran yang cukup-cukup memberi tamparan kepada kaum Muslimin di sebalik perjuangannya menegakkan negara Israel. Theodor Hezrl adalah seorang cendekiawan yahudi yang berkelulusan undang-undang. Beliau pernah menyatakan bahawa kemuliaan kaum Yahudi hanya akan kembali seperti dahulu apabila mereka mempunyai sebuah NEGARA. Di atas keyakinan idea yang digagasnya itu, dia berusaha untuk mendapatkan dan mendirikan sebuah negara Israel dan akhirnya dia menemukan tanah yang sesuai iaitu di Palestin. Lalu di sini kami ingin menyatakan kepada anda, bahawa si Yahudi Zionis laknat ini yakin bahawa keberadaan kaumnya dalam bentuk sebuah negara adalah satu keperluan kerana dia sangat memahami bahawa kesatuan dalam bentuk negara adalah kesatuan yang kuat! Hal ini bukan saja disedari kaum Yahudi Zionis malahan orang-orang eropah juga mula menyedari bahawa kesatuan menjadikan mereka negara yang kuat, lalu terwujudlah Kesatuan Eropah [25 buah negara Eropah - Didirikan pada tahun 1992 melalu perjanjian Maastricht] di mana mereka mempunyai mata wang sendiri dan tidak bergantung kepada USD malahan mereka dalam perancangan untuk bersatu dalam bidang ketenteraan untuk berhadapan dengan kekuatan Amerika Syarikat.

Jadi apa pula yang anda rasakan kita sebagai kaum Muslimin perlu lakukan saat ini? Kita mungkin boleh boikot barangan Yahudi. Kita mungkin boleh menghulurkan derma demi derma. Semua itu adalah perbuatan yang mulia. Namun sampai bila? Sanggupkah lagi kita melihat saudara-saudara kita di sana dihabisi, diratah hari demi hari? Semakin banyak kita derma, doa dan boikot, semakin ramai saudara-saudara kita di Palestin dibunuh. Anak-anak dan kaum ibu mereka menjerit kepada kita “aina jundu al-Muslimin” (Di manakah para tentera kaum Muslimin?). Sedarlah wahai umat Islam bahawa Palestin hanya akan dapat dibebaskan apabila kaum Muslimin menghantar bala tentera mereka ke sana. Ketenteraan perlu dilawan dengan ketenteraan juga. Kita sebagai orang biasa tidak akan mampu membebaskan Palestin dan tanah terjajah yang lain. Tetapi para pemimpin kaum Muslimin yang seharusnya memikul tanggungjawab menghantar tentera-tentera kita ke sana untuk berperang meninggikan kalimah Allah, dan kita pula bertanggungjawab menekan penguasa kaum Muslimin untuk menghantar para tentera yang rindukan syahid di medan peperangan. Namun mereka (Penguasa kaum muslimin) tidak akan melakukan sedemikian kerana sempadan negara bangsa asobiyah dan semangat nasionalisme yang diimani mereka. Kita menjadi lemah kerana penguasa-penguasa kaum muslimin tidak pernah ingin menyatukan kita dan seluruh kaum Muslimin di seluruh dunia kerana sebahagian mereka adalah konco-konco kuffar barat, manakala yang lain pula takut kepada Amerika lebih daripada mereka takut kepada Allah! Mereka rela melihat umat bertuah ini dihabisi oleh musuh-musuh Allah sementara perut mereka kenyang setiap hari.

Wahai kaum Muslimin, Para Pelajar yang Dimuliakan,

Keberadaan kaum Muslimin dalam satu negara superpower yang besar amat diperlukan untuk membela nasib kaum Muslimin di seluruh dunia. Saat ini penguasa-penguasa kaum muslimin tidak akan pernah tergerak hati mereka untuk bersatu di bawah satu naungan Daulah Islamiyah yakni al-Khilafah kerana mereka takut dan tunduk kepada tuan mereka iaitu Amerika Syarikat. Andalah wahai umat, wahai para pelajar, yang akan bergerak mendakwahkan sekeliling anda dan para pemegang tampuk kekuasaan bahawa kaum Muslimin hanya akan kembali menjadi mulia apabila kita berkuasa dan itu hanya akan berlaku jika satu negara Islam superpower ditegakkan dan kaum Muslimin di seluruh dunia disatukan! Perkara ini bukanlah mustahil. Jika Yahudi Zionis yang laknat itu boleh melakukannya, kenapa tidak kita, yang pernah menguasai 2/3 dunia suatu masa dahulu, yang pernah menjadi khaira ummah seperti dijanjikan Allah? Ia hanya akan menjadi mustahil kalau kalian tidak bergerak mewujudkannya dan tidak yakin dengan janji Allah! Firman Allah SWT;

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka..” [QS 24: 55]

Tuesday, May 4, 2010

Baik buruknya FaceBook..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri

c- Gambar mengaibkan orang lain. G

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan


Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian

credit to : Zaharuddin Abd Rahman