Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Saturday, December 31, 2011

Aku dan Azam Baru Ku!!!

Salam... Rasenye dah lame tak menulis dalam blog nih... Abih besawang2x dibuatnye... akibat penangan Final Year Project.. yg mmbuatkan masa ku menjadi lebih padat dr yg biasa....

Tahun baru berkunjung tiba... lg 16 jam ++ lg..  Masing2x di facebook sibuk mengeluarkan status apa azam baru mereka... bgaimana pulak dengan anda??

Azam ku yg lepas pun ku dah lupe.. inikan pula azam yg baru.. tp tkpe.. let the thing pass will pass.. This year.. azam baru sy adalah utk mngamalkan gaya pemakanan hidup yg sehat... makin hari badan makin tak fit.. tak mcm zaman muda2x dulu time aktif bsukan n control makan kat MRSM Kuantan sbb dok hostel kan??..

Skrg umurku dah 22 tahun dah... pejam celik blajar.. da 4 tahun da kat UMP nih.. dgn gaye hidup yg sebok... makan tak jaga.. tak tntu masa... ha.. ni lah jdnye.. klau dulu fit... skrg nih.. da tak bleh jd Mr. Muscle dah...adeh..

Ramai member2x approach.. utk amalkan herbalife.. tp ku tak mampu... sbb time tu nk dkt pghujung sem.. mane la den ade duet... So I tell them.. sorry..Its interesting.. tp  X de duet la... huhu.. Tp dlm hati ada terdetik... InsyaAllah.. kalau ade rezeki Allah bg nnti... I will take an oppurtunity to take this product... and become fit as BEFORE!!! Bler la nk jg mcm dulu balik ye?

So alhamdulillah.. dengan rezeki yg Allah bg.. I take the oppurtunity to take this product... and I will go updating my body performance once I take HErbaLIfe Product... paling kurang smggu skli la ye??

Ok... Before that.. To see my progress.. I will tell u my current status of my body performance (X fit sungguh ;D)

Umur: 22 Tahun
Berat before ambik Product: 73.3
Body Fat = 19.9 (x brape nk bagus)
Total Body water = 58.7% (mnum kene tmbah 4 liter lg stiap ari)
Muscle Mass = 55.7kg (Moderate.. tp kalau nk katang kene kasi lebih la.. kih3x.. )
Physique Rating = 6 ( Moderate... dan cenderung ke overweight.. Aduhai)
Basal Metabolic Rate = 1699 Kcal / 7109 KJ
Metabolic Age = 23 ( Tua setaon da internal engine badan aku ye?)
Bone Mass = 3.0 Kg (Alhamdulillah.. Standard)
Visceral Fat Rating = 9 ( Very bad.. Mak aih... ni byk lemak tepu dlm badan nih..) kuat makan KFC time keje KFC kot.. :D

So ni la my details.. data ni pon.. dpt drpd timbang my frens.. Abe Anip (klau bleh tag da lame tag.. :D)

Ku start ambil product ni.. (30/12/2011_ 8.10pm)



Mule2x time nak beli tu.. rase kekok n pkir byk sgt.. sbb starting je da RM 305 (arge lame).. pergh.. mahal kot!! tp.. sbb dah azam..dan dah niat.. ni mgkin hanya permulaan... dan lpas buat kire2x.. dlm rm 10 stiap ari... ku pon proceed dgn amalkan product nih... My frens.. time die brief aku.. die slalu HIGHLIGHTKAN.. This product bukannye ubat.. tp supplement utk gaya hidup sehat... dan... klau nk get fit balik.. its all start with our own commitment and self discipline..

ok.. tak nak citer byk... meh ku kongsikan.. ape hasil yg aku dpat biler ku dah consume malam tuh...

1st DAY (31/12/2011)


Alhamdulillah.. aku bleh bgn awal.. seawal 6pg.. walaupun mlm tu tdo pukul 2pg. sbb nk masterkan Programmable Logic Control (preparation utk Final exam)....lps  bace doa bgn tido smua... then lpas tuh.. minum sgelas air kosong spt yg mmber aku consult.. aku ssiap utk pergi ke surau utk solat subuh berjemaah....dengan bdan yg segar!! takde mamai2x dah.. walaupun time tuh tak mndi lg pon.. =D ...

Rase segar je badan... dan.. yg aku perasan.. aku nye focus btambah double time aku wat revision mlm td.. cepat je nk catch up.. walaupun topik ni agk susah.. siap bleh discuss dgn smgat lg dgn abg Kadiaq!! (membr study)...

So this is my updates for now... (31/12/2011_7.51am)

Friday, September 2, 2011

Akademi Ramadhan Melabuhkan Tirainya..Aidilfitri 2011 berkunjung tiba..


Akademi Ramadhan berlalu pergi.... Kini Syawal datang kembali....

Alhamdulillah... masih diberi peluang utk menghirup udara segar dimuka Bumi Allah ini....Kali ini.. genap 22 tahun ku berjumpa dengan Aidilfitri kembali...Bagaimana dengan kesan Akademi ramadhan?? Harap kesannya masih dirasa.. menjadi pengecas iman utk tahun berikutnya...

Suasana kali ini agak berbeza berbanding dengan raya tahun2x sebelumnya kerana Atukda tercinta telah kembali menyahut seruan illahi.. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat oleh Allah S.W.T...



Setiap yg hidup pasti akan mati... Itulah lumrah dunia... Hidup perlu diteruskan.. walau apa jua keadaan tetap jua dihadapi... Dari setiap langkah demi langkah... setiap cabaran diharungi... jikalau gagal dijadikan pengalaman yg dapat mendewasakan diri... Jikalau berjaya menjadi penghibur hati...

Tiada insan yg hidup sempurna di dunia.. kerna setiap orang ada lemah lekuknya... Hasil perkongsian dan kerjasama antara insan itulah yg menutupi tiris dan lekuknya... 

Syawal datang dan pergi setiap tahun... makin lama makin hilang keseronokannya.. Mengapa?? Mungkin anda ada rasekannya bukan?? Mungkin kurang dapat duet raya kot!!! kih3x.. sekadar gurauan...Ke sebab this is the last raya I can get Angpow?? Owh tidak!!! Tahun depan dah kena mnghulur angpau pulak pada adik2x dan anak saudara...boleh pokai den dibuatnye.. haha.. tkpelah..anggap sbg sedekah...Hidup ni tak boleh la kedekut sangat kan??  Zaman dapat angpow dah habih dah nk abih dah!!.. Ai sayman...

Bergamba sekeluarga di pagi raya...

Bergambar bersama Nenenda tercinta.. Tanpa atuk....

Mase berjalan kian pantas... tnpa aku rasa pergerakannya... begitu cepat masa berlalu 3 tahun lamanya... InsyaAllah another one more year to go utk ku khatamkan pengajianku di UMP...Bercampur baur rase bile mngenangkan kembali pengalaman2x lepas di UMP.. yg ternyata bukan hanya mmbekalkan ku dengan ilmu teknikal utk mnjadikan seorang Engineer.. tetapi mmbekalkan ku juga ilmu utk mengenal erti hidup sbg insan yg berguna pd Agama & Bangsa InsyaAllah..Masih ade lg stahun ilmu yg masih boleh ku cedok utk melengkapkan lg ilmu di dada...

3 beradik.. entah kemana sorang lagi!!! ( Jd Camerawoman hehe..)

Tinggal sorang je Atukda.. Akan ku hargai masa yg ada utk luangkan masa bersama...

Sekian saja coretan dan bebelan utk kali ini..Ku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua tetamu Mr. Cakna89 ..Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog yg tak seberapa...











Monday, August 29, 2011

AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN SEMPENA AIDILFITRI


Salam semua.. Maaf tak sempat nk menulis sejak 2 menjak nih.. idea ada.. masa tak da... Dikesempatan ni nk share tentang amalan2x yg digalakkan ketika di hari Mulia Syawal esok hari... 

Di hari mulia Syawal ini, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri . 
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 

2) Menjamah makanan sebelum keluar. 
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ; 
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. 

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; 
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu". 

Disebut dalam sebuah riwayat : 
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله مناومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك 
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 ) 

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ; 
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. 
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). 

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ; 
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari) 

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. 

Rujukan: zaharudin.net via sahamump.blogspot.com

Tuesday, August 23, 2011

Pecutan Terakhir ~ LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN~


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Sebab turun surah al-Qadr


Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.


Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.


Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut


Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"


Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.


Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar


Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.


Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.


Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.


Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:


Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."


Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.


Doa khusus di Malam Lailatulqadar


Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut


1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.


Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa


Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:


1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah. 
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.


Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.


Source: FB SAHAM UMP 

Saturday, August 6, 2011

AKADEMI RAMADHAN vs AKADEMI FANTASIA apakah pilihan anda??

Di bulan Ramadhan yang mulia ini.... Sedarkah kita yg kita berada di Akademi Ramadhan??? Jgn pikirkan Akademi Fantasia (AF) ka... Ameer Farhan (AF)  saje ye.... hehe.

Alhamdulillah.... ada satu wadah ilmu yg ingin sy 'Share' kan disini... yg saya perolehi di taman syurga mlm semalam....

Apakah dia?

Perkara ini mudah saja... Tp semakin dipandang enteng oleh Saudara2x Islam kita sekarang ni.....



Seberapa kerapkah kita membaca Al - Quran & Menghayati Maknanya????




Kita pernah mengatakan CINTA ke keatas Rasululllah S.A.W.. Tapi...
Seberapa kerapkah kita berselawat ke atas Rasulullah???



Mudah saja utk kita melepak di Shopping Complex One Utama & Segala...
Tapi mudahkah kita utk melepak di Taman Syurga (Majlis ilmu) pula??



Jadi... apa yg ada di fikiran anda sekarang?

Mahu Follow the Flow saja?
@
Mahu try something different???

Inilah masanya...

SELAMAT DATANG KE AKADEMI RAMADHAN!!!


Antara pakej2x yg ditawarkan:

  • Amalan pahala sunat akan diganjarkan dengan pahala wajib... Apatah lg ganjaran amalan pahala Wajib??? pikir2xkan sendiri la ye?? Math dapat A kan? ;D

  • VOUCHER Makan special secara FREE selama sebulan...di masjid... disertakan dengan pakej solat maghrib berjemaah selepas besantap... X mau kah anda?

  • JOGGING?? larat ke bolan pose nih huh?? taK payah nk jogging2x bolan pose nih... Zaman jogging dah abih bro.. "ala2x parodi KL Gangster.... hehe.. Di akademi ini.. telah ditawarkan senaman santai selepas solat Isyak...Kalau anda masih belum kenal ape name senaman tuh... name die senaman solat Terawih..

  • Jiwa Kusut?? Jiwa Kacau??? Mahu carik ketenangan?? anda boleh dapatkan kapsul TAzkirah semasa solat Terawih...

    Firman Allah:
    “Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” -Al Fath 4.



Jd apa tunggu lagi?? Ayuh bersama mnyertai Akademi RAmadhan...

CAranya??




JOM PERGI MASJID..


MAcAM 2x ADA... 


Tidak akan berlaku suatu perubahan tanpa sebarang tindakan.... 


Ayuh.. rebut peluang.. selagi masih ada...


TOP PRIZE!!!





MALAM LAILATUL QADAR yang ganjaran pahalanya umpama beribadah seribu bulan...Satu pelaburan yg bijak!!



AYUH BERSAMA USAHAKANNYA!!!







Tuesday, August 2, 2011

Selamat datang ke Akademi RAMADHAN....

Salam Ramadhan semua.... & Selamat datang ke Akademi Ramadhan... :)

Macam mane dengan ramadhan kita kali ini?

Harap agar kita dikurniakan kesempatan oleh Allah untuk melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna tanpa sebarang halangan InsyaAllah...

Kat sini ade sedikit perkongsian untuk amalan2x yang boleh kita amalkan sepanjang ramadhan...

Semoga kita sama2x dapat memantapkan kelemahan rohani dalam diri dan merebut ganjaran pahala yg Allah telah sediakan utk kita....

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

# Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
# Menempah pakaian untuk Ramadhan.
# Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
# Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
# Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
# Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
# Solat berjemaah setiap waktu.
# Solat jemaah di masjid/surau.
# Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
# Sahur diwaktu akhir.
# Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
# Mandi Janabat sebelum Imsak.
# Kurangkan tidur.
# Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
# Tunaikan Solat Dhuha.
# Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
# Tunaikan solat Rawatib.
# Jaga pacaindera.
# Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
# Hadiri majlis ilmu.
# Buat baik pada ibubapa.
# Isteri hendaklah taat pada suami.
# Banyakkan bersedekah.
# Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
# Berbuka bersama orang tua.
# Jemput tetamu berbuka.
# Kurangkan berat badan.
# Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
# Baiki hubungan suami isteri.
# Baiki hubungan jiran.
# Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
# Elakkan berbelanja berlebihan.
# Kuatkan kesabaran.
# Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
# Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
# Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
# Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
# Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
# Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
# Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
# Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
# Melazimkan solat waktu.
# Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
# Elakkan banyak berhutang.
# Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
# Tunaikan zakat fitrah.


* Semoga sama2x dapat kita amalkan.. :)