Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Monday, April 12, 2010

ISU LATIHAN INDUSTRI (FKM DEGREE BATCH 08/09)

Salam dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah... selesai sudah perjumpaan diantara ayahanda Prof. Rosli sebentar td... disini sy ingin simpulkan beberapa info yang telah diperolehi sepanjang dialog selama sejam semalam....

1. Berkenaan dengan kenapa LI dijalankan di pertengahan Sem ?
(SANDWICH)

Berdasarkan syarat EAC sendiri.. LI tidak boleh dijalankan dihujung sem.. dan perlu dijalankan sekurang - kurangnya selama 2 bulan...
dan objektif EAC dlm pelaksanaan LI ini adalah utk memberikan peluang pada pelajar utk mendapatkn lebih pendedahan tentang keadaan sebenar di tempat latihan industri yg akan mereka pergi...

Hasil daripada itu mereka boleh mengenalpasti permasalahan industri di tempat LI mereka dan mereka boleh bawakan masalah tersebut untuk dijadikan tajuk BG PROJEK SARJANA MUDA (PSM) utk dianalisis dan dicari penyelesaiannya...Hal ini dilihat dapat memberi kesan yang baik pada pelajar dan pihak industri tersebut disebabkan adanya hubungan baik yang terbina diantara pelajar dan pihak industri dan ianya juga memudahkan pelajar utk bekerja dengan pihak industri tersebut sejurus sahaja tamat pengajian...

Selain itu, kita juga masih berpeluang menambah dan memperkasakan lagi ilmu kita sejurus sahaja kita selesai menjalani LI.. Hal ini kerana... ilmu yang kita perolehi sebelum kita pergi ke LI adalah lebih berdasarkan kepada teori semata - mata... Dan perkara ini jauh berbeza ketika kita menjalani LI yang mana ilmu yang kita perolehi adalah lebih kepada ilmu yang praktikal berdasarkan kepada situasi yang sebenar.. kesimpulannya..kita boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang dirasakan kurang untuk membolehkan mereka benar2x bersedia utk menjadi seorang Engineer yang profesional setelah kita graduasi nnti..

2. Bagaimana LI SANDWICH dijalankan?

Sebagai persedian awal, adalah lebih baik kita sudah mula mmbuat survey untuk tempat yang terbaek utk kita menjalani LI ( yg benar2x sesuai dgn jurusan dan pengkhususan yang diambil)..
Pihak fakulti kejuruteraan Mekanikal juga ada menyediakan banyak senarai Industri untuk pelajar FKM utk mnjalankan LI tetapi tempat LI yang terbaek (yg benar2x sesuai dgn jurusan dan pengkhususan yang diambil) adalah terhad.. Hal ini disebabkan persaingan sengit diantara kita dengan pelajar dari universiti lain.

Dari segi bilangan jam kredit untuk sesi LI yg baru ini adalah 8 jam kredit ( 6 jam kredit untuk LI dan 2 jam kredit lg untuk report LI)

3. Bagaimana pulak dengan perjalanan Kuliah pada sem hadapan ?

Pada sem hadapan, jumlah jam kredit yang kita akan ambil akan berkurang daripada average (17-18)jam kredit menjadi kepada (13-14) jam kredit..

Bagi pendaftaran subjek untuk semester hadapan... dekan FKM mengatakan kita perlu mendaftar pada sistem pendaftaran subjek yg telah dibuka sekarang dan sebarang perubahan akan diuruskan oleh pihak fakulti dan bahagian pengurusan akademik...

Untuk makluman... sesi perkuliahan untuk semua pelajar FKM akan berjalan selama 5 hari di Pekan. (isnin - jumaat)..bergantung kepada jadual perkuliahan setiap pelajar...

4. Adakah yuran LI?

Yuran untuk LI tidak pernah wujud seperti yang telah digembar - gemburkan sebelum...kesimpulannya... memang takde yuran LI la...

5. Bagaimana pula kalau nak repeat & repair subjek?

Untuk perkara ni... akan sy bahagikan kepada 2 kes...

i. Bagi pelajar yang hendak repeat subjek..(gagal pada subjek2x tertentu) anda boleh mengambil semula subjek tersebut pada semester lazim ( bkn semester pendek). Anda tidak akan dikenakan bayaran pertambahan subjek selagi total jam kredit anda tidak lebih dari 18 jam kredit..
Bagi pelajar yg ingin mengambil subjek (19-21) jam kredit anda perlu mendapatkan pengesahan daripada dekan fkm...

ii. Bagi pelajar yang hendak repair subjek (tak gagal tp nk repair grade) anda boleh mengambil semula subjek tersebut pada semester pendek...dan anda perlu membayar yuran untuk semester pendek tersebut...

Dan untuk makluman.. bayaran yuran untuk semester lazim adalah bayaran tetap.. dan bukannya berdasarkan atas bilangan subjek kita ambil... yuran yg kita bayar sekarang adalah dalam 10% daripada nilai yuran sebenar.. dan selebihnya adalah disubsidi oleh kerajaan...

Sekian saja untuk ulasan perjumpaan pada malam tadi.... sebarang persoalan dan kekeliruan boleh diajukan kepada saya ataupun boleh ditanyakan di kaunter pertanyaan FKM sendiri... sebarang perubahan atau pertambahan akan dimaklumkan kemudian.....

Saya doakan semua sahabat - sahabat semua dapat menjalani peperiksaan akhir semester dengan baik... dan semoga kita sama2x dapat result yang cemerlang InsyaAllah.. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan kesalahan yang telah saya lakukan kepada anda semua sama ada secara sedar atau tidak sedar....

ALL DA BEST FOR YOUR EXAM... GOOD LUCK!!!

Sunday, April 4, 2010

RENUNGAN MEMUJUK HATI.....

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul

supaya apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka

tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun

dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya

dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan sehinggalah ia datang memberi seseorang .

Seluruh
cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali!

jangan harapkan cinta sebagai balasan.

nantikan sahaja ia
untuk mekar di dalam hati mereka

tapi sekiranya ia tidak
,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang

tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,

Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut,


carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma
memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram.

Carilah yang membuat hati anda tersenyum.

akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang
sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya
dengan sebenar.


Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang
ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda
hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua
perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda
kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia .

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang
terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Anda tidak boleh
meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda
tersenyum.

Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis