Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, April 27, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI ~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Perkongsian daripada Artikel di Facebook...

Sunday, April 24, 2011

Doa Ingatan Fotografi... ( Ala2x mesin Fotostat gitu..)

Esok start dengan 1st exam paper....  Ethnic Relations..... Ade sedikit doa yg baek untuk dikongsikan... Doa yang dapat menguatkan daya Ingatan kita semua jika diamalkan InsyaAllah...




دعأ (ايغاتن فوتوكرافي)

اللّهُمَّ اجْعَلْ نَفْسِىْ نَفْسًا طَيِّبَةً مُطْمَئِنَّةً , طَائِعَةً حَافِظَةً ,
تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ , وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ , وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ ,
وَتَخْشَاكَ حَقَّ خَشْيَتِكَ , وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ... أَمِيْن ~
Ya Allah jadikanlah jiwaku jiwa yang baik dan tenang, sentiasa taat hafaz, beriman dengan pertemuan denganMu, dan memadai dengan pemberianMu,dan meredhai ketentuanmu, dan gerun @takut kepadaMu dengan sebenar-benar takut dan tiada daya upaya melainkan dengaMu yang maha tinggi lagi maha agung

Pada suatu hari Sayyidina Ali R.A. mengadu kepada Rasulullah S.A.W. mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu.Lalu Rasulullah S.A.W. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah diingatinya.

Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selelsai solat Subuh dan Asar setiap hari..

Kemudian Sayyidina Ali R.A. menceritakan :
“Setelah itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tekun dan tetap.Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga.
Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan sehingga beliau mengaku tidak tahu adanya sejenis ingatan yang terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya.Inilah yang dikatakan ‘ingatan fotografi’..

WALLAHUA’LAM BISSHOWAB ~

~Sumber dr seorang teman.... =)


ALL THE BEST AND GOOD LUCK SEMUA!!!!

Saturday, April 23, 2011

Jodoh Pertemuan Allah yang menentukan... Berusaha utk mendapatkan rezeki Allah jua diperlukan...

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan.Namun,kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintah-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik,rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.Siapa jodoh kita?Berapa banyak rezeki kita?Dan bila?Itu bukan kerja kita.Jadi,berusahalah dengan baik,Allah pasti tidak akan mengecewakan kita.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.

"Pelik tu bang.Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya," jawabnya.

"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya?Kan itu dibenarkan oleh syariat?Barangkali sebab waktu itu tidak ada facebook & twitter? " gurau saya.

Memang belum ada.Tetapi ada cara lain.Gambar dan cara-cara yang lain ada,tetapi sebenarnya ada sebab lain...."

Dalam diam,saya rasa hairan.Dia orang yang sangat saya hormati.Sahsiah dan kepimpinanya sangat menawan hati.Tentu ada sebab yang kukuh dan ampuh untuk dia bersikap demikian.

"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah bercinta. Dia teman lama sejak sekolah rendah lagi," jelasnya.

"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan yang tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya.Lepas,bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."

SATU AMANAH

"Itu kisah sebelumnya.Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?" tanya saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.

"Setelah putus,abang terus pinta guru agama carikan jodoh.Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."

"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru?Tidak dibenarkan?"

"Itu keputusan personal saya.Guru memberi kebebasan.Mahu melihat dulu,silakan.Tidak mahu,tidak mengapa."

"Dan abang memilih untuk tidak melihat.Kenapa?"

"Eh,kamu masih tegar dengan soalan asal.Begini,bekas kekasih abang dulu sangat cantik.Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan.Takut-takut,bakal isteri tidak secantik kekasih lama.Jadi abang tekad,nikah terus tanpa melihat wajahnya".

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali,"Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan?Setelah nikah,abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga".

Sekali lagi dia senyum.Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan.Jauh di lubuk hati,saya mengakui dia memang bercakap dari hatinya.

"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dan wnaita yang telah kita nikahi....."

Pendek dia menjawabnya,namun terus menusuk ke hati saya.

Tanpa dipinta,dia menyambung," Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah,dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga.Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya.Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita.Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah.Pada waktu itu,bagaimanapun keadaan wajahnya,siapa pun dia,sudah menjadi soal kedua."

CANTIK ITU RELATIF DAN SUBJEKTIF

"Abang tidak takut,kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang?Maksudnya,er..er..kita masih manusia bukan?" Saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.

"Ya,kita masih manusia.Tetapi kita bukan sekadar manusia.Kita hamba Allah dan khalifah.Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu.Untuk melaksanakannya,kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wnaita tetapi ilmunya,akhlaknya,pengorbanannya dan kesetiaannya."

"Jadi,untuk itu kecantikan tidak penting?"

"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya.Namun ingat,Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri.Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah,pasti tidak akan dikeecewakan-Nya.Orang yang baik berhak mendapat yang baik,bukan begitu?"

"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.

"Cantik itu relatif dan sangat subjektif.Beauty is in the eye of the beholder,bukankah begitu?Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama.Malah ia juga beruah-ubah mengikut masa,usia dan keadaan.Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya," balasnya dengan yakin.

"maksud abang?"

Dia diam sebentar.Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjemahkan bahasa rasa.

"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya.Orang budiman dan beriman,menilai kecantikan kepada budi dan akhlak.Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokuskepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk,dia menambah lagi,"Cantik juga relatif mengikut keadaan.Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merengus.Sebailknya,wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum,sedia membantu dan memahami hati suami."

"Ya,betul tu!" kata saya.Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya,"Sedap di mata tetapi sakit di hati..."

WASILAH MEMILIH JODOH

" Bagaiman sebaik selepas berkahwin?Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.

"Memang dari segi kecantikan,isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya,yang dulu lebih cantik?"

"Kamu ni,masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga.Ingat,yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya.Itulah pengalaman abang.Hari ke hari,kecantikan isteri semakin terserlah.Entahlah,apa yang Allah ubah.Wajah itu atau hati ini?"

Wah,dia semakin berfalsafah!Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" tanya saya.Ingin saya terus menvungkil mutiara hikmah daripadanya.

"Kalau hati kita indah,kita akan sentiasa melihat keindahan.Sebaliknya kalau hati rosak,keindahan tidak akan ketara,sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari yang lain."

'Ah,tentu dia bahagia kini!' bisik hati saya sendiri.

JADI ORANG BAIK DAN PILIHAN ORANG BAIK

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"

"Pilihlah jodoh dengan dua cara.Pertama,jadilah orang yang baik.Insya Allah,kita akan mendapat jodoh yang baik.Kedua,ikutlah pilihan orang yang baik.Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."

"Tapi bang,ramai yang menolak kaedah kedua.Kata mereka,mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa.guru atau siapa jua sekalipun merek orang yang baik-baik."

"Tak mengapa,kalau begitu ambil cara pertama,jadilah orang yang baik.

"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik.Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."

Abang tersenyum lantas berkata,"Kamu menyoal bagi pihak orang lain,bukan?"

Saya diam.Dalam senyap saya akui,inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.

"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak.Maksudnya,jika kita berusaha menjadi orang yang baik,Insya Allah...Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang yang baik.Ataupun,kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh,dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

Wah,kedengaran berbelit-belit ayatnya,namun jika diamati ada kebenarannya.

"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik,bukan?"

"Kerana mereka bukan orang yang baik",jawabnya pendek.

" Bukan,bukan begitu.Bolehkah terjadi orang yang baik menolak pilihan orang yang baik?"

"Ya,tidak mengapa.Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik.Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya sama ada untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah.s.a.w.

"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"

"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi.Pertama,mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik.Hikmahnya,Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasanagn orang yang tidak baik.Bukankah Allah telah berjanji,lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam.Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

JODOH URUSAN ALLAH

"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya.Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya.Ya,itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."

"Bagaimana pula jika anak itu baik,dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik,tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai.Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir!Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya.Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar,tetapi ditolak.Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!

"Jodoh itu urusan Allah.Sudah dicatat di alam rahim lagi.Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami.Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik.Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah.

"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"

"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."

"Hikmah untuk kita?"

"Jika takdirnya pahit untuk kita,terimalah sebagai ubat.Katalah,kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik,tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah..........bersabarlah.Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga.Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut,Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."

Tok,tok,tok.Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk.Wajah"abang bayangan" saya pergi tiba-tiba.Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.

Wajah isteri terserlah di sebalik pintu.Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri,apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"

"Ah,hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:

"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya,tetapi siapa dia setelah menikah denganmu.Jadi,janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan,tetapi di pertengahannya,penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"

~~ “Ya Rabb.... Aku tidak meminta seorang yang sempurna, namun aku meminta seorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna dimataMU..". ~~
~SEKIAN~

Dipetik daripada majalah solusi Isu 29: Al-Kisah Tentang Jodoh.

Wednesday, April 20, 2011

Siri 2: Kembara Di Bumi Allah, Lokasi China ( Guangzhou, Xian,Lanzhou,Wuhan )



Setelah lame sangat pending untuk review time travel kat China... Kini TORA datang lagi.. TORA dengan Ultraman nye... dengan permainan baru... Ding Dang pon ade dengan raksasenye..... Haish.. ape da mengarut time2x study week nih.. ni mesti pening lepas minum air jambu batu + asam boy kat kafe td nih.... Regarding to our topics... ( Speaking Jawe pulak dah!!! ) Jom kite smbung cerita penglipur lara kat China... Kali ni.. ingat nak wat lebih sempoi.... byk gmba... senang sket nk illustrate... because gmba could tell everything rites?

P/s Post ni smbungan cite dr versi 1: http://cakna89.blogspot.com/2010/12/kembara-di-bumi-allah-lokasi-china.html ... Feel Happy to visit..  ^_^ x

Ni ha telebih excited..Baru je turun train dr Guangzhou..26 jam tuh!!! smpai amoi kat sebelah pon pelik!!!

Terracotta Warriors  yg da lame terkambus.. kat bawah tanah... Nk tau ape tu Terracotta Warriors? Sila Googling... ^_^ x
 Kerja2x mengorek dan melombong yang berjaman2x lamenye...
 Time round2x ronda2x memalam kat Xian... jumpe pulak dengan lori yang exotic nih...Klasik kan? Tringat kat KEte Mr. Bean pulak..


Ha... Ini dia.. Mi Ramen... X habeh den satu mgkuk nih... memang tanker besau la org China nih...hehe.. Tp makan time sesejuk kat luar nih.. memang terbaek...hehe... 


 Punya tebal winter jacket.. mcm doraemon pulak da.... 

Pendekar Mustari Vs Cucu Bruce Lee...

 Adik tomey nih.. nak menyorok disebalik mak dia... Geram ngn pipi budak nih... Bila la nk ada adik laki..@ anak laki.. hehe.. Den takde geng nih..
 Bgmba dgn Chibi Maruko Chan!!!

Ni dkat ngn pokok Mitos yg dikatakan pokok jodoh... Pasangan tulis name memasing.. pastu ikat kat pokok.. pstu diorg kate.. akan betemu jodoh... nih.. ape2xpon ianya sekadar mitos.. tk payah nk caye.. Den tak wat mnde2x mitos gini..

Time ni masih lagi di Xian.... Aktiviti volunterisme kami.. buat gotong royong ni Great Mosque ( dlam siri 1 de citer..)

Lpas ni pulak... Journey to Lanzhou... (Aiseh.. Naek train lagi.. Saket pinggang den..)

 Laen Tempat laen ceritanye....Laen Train... Laen Gayenye... Encem tak atok nih??
Sila Bg bintang.... hehe..
 Mcm2x salesman dalam train nih.. Start ngn nasik bungkus..mee bungkus.bau pelik2x. sume tak bleh makan... buah je kami beli... Adat seorang pengembara.. Perlu berwaspada...
Ape yg kami mampu buat... Pandang dan Lihat.. Telan air liuk...Gulp!!

Roti Arab ni la.. peneman..perutku yg berkeroncong...Begendang2x cm gendang rebana Ibu...Rase nk bedikir barat pon ade.. boring sangat... pon ade kekadang..rase2 berat ade la turun bape kilo time duduk tren tuh...Ape2x pon milo cmpur roti arab.. pong masih sodap...

 Time berjam2x lamenye menginap dalam train.. smpat ku menelaah buku traveller mandarin...Almaklum la suke mmbace..& tak tau nk mmbace buku ape.. Buku mandarin pong jadi la.. Ape yg menariknye.. apek penjual menan ni impressive dgn ku nye Mandarin speaking ala2x jawe nih.. die tekojot sbb I can speak mandarin very well.. tu yg die nk tgkap gmbo ngn kite nih...hehe... Kaotim!!! :)



 Disebabkan ku amat trtarik dengan kekanak yg same geng ngn ku... skali lg ku berposing dengan kekanak lelaki yg cumil....Moga ada rezeki nnti hendakNya.. InsyaAllah...
 Bdk kicik: Hype!!! ape pandang2x mau curik botol saya ka?

Dalam perjalanan sebagai seorang pengembara.. Ibadah wajib tidak sesekali ditinggalkan..Malah dilaksanakan mengikut Rukhsah yg telah disediakan... Alangkah Indahnye ISLAM kan??? Kite tak akan appreciate bile kite rase senang.... Tp kite akan appreciate bile kite rase susah...

.Ape yg menariknye... Pak2x n Mak2x China klihatan kagum dgn cara solat kita... mereka perhati dan terus perhati... Untuk pengetahuan.. kat kawasan ni.. jarang ade traveller datang ke area nih..(Sbb dasar tertutup oleh China sblm 1970 an.. Dasar komunis) so tak heran la.. diorg pndang kitorg cm Alien Workshop je...

 Setibanya kami tiba di Lanzhou.. Aisyah, Fatimah dan teman2x mereka yang laen telah menyambut kami di sana... Dengan keadaan suasana yg sgt sejuk.. -10 dgree C..  Mereka sgt baek... tolong kami sperti saudara mereka sendiri... walaupun kami baru je smpai tmpat mereka.. Dalam kepayahan kami mencari tmpat tinggal di kedinginan pagi yg menggigit..Mereka mmbantu kami mncari hotel kerana tidak smua hotel menerima kehadiran kami sbg warga asing.... Dan wujudnya perasaan diskriminasi terhadap Agama yg kita anuti.. Agama Islam!!! 

 Sungguh sayu saje rasenye dengan kedinginan yang menggigit pipi... Solat Jumaat berjemaah.. Berjauhan dari tanah air... bersama saudara SeIslam... dari Negara China... Sedarlah.. Teman.. Kita tidak kesorangan...Penganut Islam.. itu tidak sedikit... Penganut Islam itu ramai.. Cumanya.. Core @ foundation @ asas keimanan itu perlu kuat...
Kerana Iman itu umpama pohon.. Perlu disiram dan dibaja dengan amal ibadah.. Sama2x kite renung kembali...

 Masjid yg tak dihengati namenye.. time solat Jumaat...

 Berfotogenik bersebelahan.. Yellow River..
Fotogenik gaye mcm TELETUBIES...

Hurm... Sblm tu.. mesti ade yg tertnye2x mcm mane Aisyah, Fatimah n teman2x yg laen datang untuk tolong kami... Before kami pergi ke China.. Kami ade buat persediaan... dan dapatkan bantuan dari China Student yg blaja di Universiti kami...So.. dengan mggunakan segala network yang ada..Alhamdulillah.. kami ade dapat bantuan drpd Saudara SeIslam disini... Sangat mesra layanan mereka... mereka menganggap kami seperti saudara mereka sendiri... 

Ini disebabkan.. kat sni mereka adalah golongan minoriti... Agk terpinggir.. dan wujudnya jurang diskriminasi.. amat kasihan... Bila ku ceritakan tntg tiadanya diskriminasi trhadap umat Islam.. mereka seakan2x teruja dengan apa yg ku ceritakan... Sebagai contoh.. Bg kaum muslimah... mereka sgt sukar utk mencari kerja disini...Mereka perlu menanggalkan tudung dan memakai pakaian yg tidak menutup aurat ketika bekerja dgn bos yg bukan muslim... Sbg contoh yg lebih detail, Aisyah kat sblh fatimah (yg pakai winter jacker wane ijau).. Beliau ade master in financing... tp smpai skrg masih menganggur kerana.. beliau perlu mengikut attire staf yg bukan Islam jika beliau nk kerja kat bank.. Tp InsyaAllah... mgkin Aisyah akan datang Msia utk jd lecturer mandarin kt UITM...

 Hari kedua kat Lanzhou Kami dibawa ke Pekampungan minority yg majority muslim.. Ni kat sekolah pengajian bahasa Perempuan Lanzhou...

 Kemudahan Surau di Sekolah Perempuan..
 Kemudahan Kelas...
 Kelas mereka yg colorful dan wonderful.. Mereka kat sni belajar pengajian Islam.. menggunakan 3 bahasa perantara Bahasa China, Arab,Bahasa Inggeris...

 Tibe2x rase rajen nk mmbace buku kat library nih...

 Sekolah perempuan ni terpilih.. sbb Aisyah kate kat skola perempuan ni selamat sikit sng skit nk deal.... klau kat skola lelaki.. susah sket nk control dr segi keselamatan...


 Lepas kami pergi sekolah perempuan.. kami pergi pulak ke Rumah anak yatim yang tak jauh dr sekolah td...Comot2x mereka nih... hidup dalam serba kekurangan... sayu tengok mereka.. Beruntung kite di negara tanah air sendiri..



Solat di atas katil kerana keadaan lantai yang agak kotor... (Gmba ni bkn Mr. Cakna yg tgkap.. tp dapat drpd kamera team2x yang laen...)


 Sesi temuramah Pengurus rumah anak yatim...Aisyah jd translator sbb English die quite ok...
Rumah anak yatim ni asalnnya bermula dengan sebuah rumah kecil dan kemudiannya dipindahkan ke kawasan yg lebih luas.. Oleh pengasas rumah anak yatim ini.. Pada mulanya.. sangat sukar dalam mnguruskan rumah anak yatim ni kerana peruntukan yg sgt terhad dari kerajaan China.. Naseb baek ada badan2x NGO yg mnghulurkan dana dan bantuan utk melicinkan lagi pengurusan anak2x kecil yg tidak bernasib baek ini...
 Masing2x Khusyuk dngn sesi temuramah..
 Founder yg pakai kopiah coklat... Lai2x taiko mahu bg biskut dan gula2x.
 Berebut budak2x nih dgn gule2x.... Tkpe ye dik.. nnti abg bawak satu lori.. kih3x..
 Sempat bgmbo dgn adik pipi Blushing... Cute2x Kawai2x..


 Satu perkara yg melucukan kat sini... Time kitorang  solat.. Bising budak2x nih..  TAK Bleh!!! Tak Bleh!!! Ingatkan Tabligh.. TAk boleh rupenye... yg diorang cakap..Itu RAja Gopal yang ajar diorg... Tu je la bahase Melayu yg budak ni dok ulang2x... Adeh... cakap style hero tamil lak tuh... Ta Bley2x..!!! huhu

Time nak tangkap gmba ni pon.. Sempat lg diorng.. Ta Bley...Ta Bley...Ta Bley....


Lepas Journey di Lanzhou... Kini Mr. Cakna ade di Wuhan Pulak.. Kat sini fokus tujuan kami mengadakan lawatan ke Wuhan universiti... 
Sekitar pemandangan di Wuhan South Universities....
 Ni lah tempat kami untuk bertumpang teduh.. 
 Dapat kawan baru.. org Kanada.. Rase kecik pulak bile kat sblh die..
Berfotogenik!!!!

 Rase mane lg Comel?? Mr. Cakna ke Mr. Kambeng kat blkg nih.. kih3x..
 Berfotogenik!!!


 Skyscraper in Guangzhou....
 Di masjid.. berhampiran dengan makam Shabi Bin Abi Waqas...
Makam Shabi Abi Waqas..Ramai pngunjung yg datang merata dunia...



 Telaga Shabi Bin Abi Waqas...
Mr. Cakna..

Secara kesimpolannya.. Pengembaraan ini sungguh bermakna.. Terdapat cabaran dan pahit getir ketika ku mngembara... Rase beruntung di tanah air sendiri.... Dan baru ku sedar.. Betapa banyaknya nikmat yg telah ku kucapi... namun... adakah ku mnyedari???

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: كن في الدّنيا كأنّك غريب أو عابر سبيل

Ertinya: Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari.

p/s: kata2x ku sebelum ini yang sudah ku kota... ^_^ x