Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Wednesday, November 24, 2010

Bedah Buku " Anda Berkarisma Apabila "

Salam semua.. kat ruangan ni .. sy nk kongsikan ilmu yg menarik sy rasakan... yg wajar dikongsikan kepada semua. Terutama kpd para pemimpin di luar sana yg ingin terus mmperbaiki dan menajamkan lg Skill2x anda bukan saje pd diri sndiri bhkan utk mmimpin org laen jgk...

Ok.. Serba sedikit tntg intro buku ni.. Buku ini ditulis oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Naim Jaafar. Antara idea  yg terdapat dalam buku ni :

* Cara utk menjadi pemimpin yg berkarisma
* Cara utk mngaplikasikan karisma semasa berhubung dengan orang lain
* Cara menjadi seorang yg efektif dan bertanggungjawab.

Disini.. Sy akan mngupas topik2x yg dibincangkan dlm buku ini mengikut bab dan sy akan cuba utk mrumuskan idea - idea penting yg terdapat dlm buku ini utk kita kongsikan bersama.

Bahagian 1 : DEFINISI KARISMA

Selalu saja kita mendengar perkataan karisma, tapi tahukah anda apakah makna KARISMA tu? Bukan KARISMA MODENAS ye?? tu nme moto..

Weber mndefinisikan karisma sbg kualiti personaliti yg ada pada seorang individu. Kualiti yg mnyebabkan sesorng itu berbeza drpd org lain dan kualiti ini diperoleh tidak datang drpd org yg biasa2x.. tetapi datang drpd org yang mmpunyai asal usul yg suci. Mereka berasal drpd org yg pernah mngalami jerih perih dalam kehidupan.

Mereka bangkit dan muncul mnjadi seorang yg besar atas kesengsaraan mereka sebelum ini. Mereka mmbangunkan pemikiran bawah sedar mereka sendiri yg mnjd smber motivasi pada diri mereka sendiri. Mereka bgkit membina imej mental yg jelas dgn apa yg mereka perjuangkan.

Karisma adalah suatu kualiti yg dinilai oleh org yg melihatnya dan ianya bersandarkan pada penilaian org yg berbeza - beza dan ianya agk komplikated utk diterangkan. Secara umumnya dapat sy katakan karisma itu adala suatu kualiti yg baik yg terdapat dlm diri setiap manusia.

Bahagian Kedua :  JENIS - JENIS KARISMA

Dalam buku ini, penulis telah memecahkan Karisma kepada beberapa bahagian yang terdapat dalam kehidupan kita, antaranya ialah:

  • Karisma dari segi Politik / Seni / Agama & Spiritual / Intelektual/ Persembahan / Kepakaran / Perniagaan / Keturunan / Tokoh peribadi @ tempatan.
Bahagian Ketiga : KARISMA DALAM DIRI

Adakah kita rasakan diri kita sudah berkarisma? Adakah diri kita sudah beriman kepada Allah? Mari kita renungkan sejenak...

Untuk membina karisma di dalam diri, terdapat beberapa amalan dan penambahbaikan yg kita perlu lakukan antaranya :
  • Rajin2x lah membaca tidak kira buku tebal2x ke buku nipis2x ke artikel ke.. as long as bahan bacaan tu berfaedah.
  • Belajar cara kawal marah anda.
  • Buangkan sifat2x pendendam
  • Tingkatkan estim diri 
  • Belajar cara mengawal emosi
  • Berani Berimpian
  • Berani kritik diri sendiri... tp jgn lebih2x.. nnti Down pulak nnti.. hehe..
Bahagian Keempat :  KARISMA DALAM PERHUBUNGAN

Dalam hidup ni kita tidak akan terlepas utk berkomunikasi antara satu sama lain kan? betul tak? Org bisu pon berkomunikasi tp mnggunakan bahasa isyarat.. Lainlah kalau org tersebut tu terkena penyakit kera sumbang yg SERIUS.. huhu..

Kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan amatlah penting dalam hidup kita. Kita perlu melatih diri kita utk mnjadi seorang pencerita yg terbaek.. ala2x storey telling gitu.. huhu.. tp jgn la lelebih ye?? hehe.. Sekadar dapat menyampaikan mesej dgn jelas kepada pndengar @ penerima.. Seeloknya ringkaskan semula mesej yg anda ingin sampaikan kepada penerima agr beliau lebih jelas dgn apa yg anda ingin sampaikan..

Sifat Empati... Anda tahu ape itu empati? Ianya bukan makanan tau?? die bkn satu geng ngn Spagetti.. hehe
Empati adalah mampu menghadirkan dirinya kedalam perasaan dan keadaan org lain, mereka dianggap sesuai  dalam keadaan tertentu dan diterima baik oleh orang ramai. Sbg analogi, apa yg rasakan apabila anda melihat org yg pancit motorsikalnya.. apa yg anda akan rasakan jika anda ditempat org itu??? Rase SuSah??

Sbb itu di dapat kita aplikasikan dalam kehidupan berorganisasi perlu kita ambik kira rasa empati pada org lain ketika mmberikan arahan pada org lain.. Seeloknya sifat empati ini perlulah bersederhana.. dan jgn melebih2x kalau tidak...org akan mempermain2xkan kita nanti..

Bahagian Kelima: KARISMA DALAM KEPIMPINAN

Bagi seseorang yg berkarisma dalam kepimpinan... Orang yang wajar kita jadikan Idola dan role model selayaknya adalah Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam integrasi sebagai seorang pemimpin, Abu Hassan Al - Nadwi ada menulis, " kelemahan umat Islam yg mnjadikan dunia abad ini huru - hara adalah kerana Keadilan Islam tidak dapat ditegakkan. Nabi Muhammad telah memberikan panduan yg jelas dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi. Nabi Muhammad menyebut " Mungkir janji adalah pantang bg kami". Situasinya kini, ramai pemimpin mnggunakan tipu helah untuk mnjayakan hasrat dan rancangan mereka dgn beranggapan org lain tidak akan dapat mnghidu muslihat mereka. Persoalannya disini sejauh manakah mereka akan menanh dgn tipu muslihat mereka ni?

Bahagian Keenam : KARISMA DALAM PENGURUSAN

Dalam bidang pengurusan salah satu cabaran yg utama adalah sejauh mana kita mampu mengurus anak buah kita dalam mencapai visi dan misi yg telah kita sasarkan... SEJAUH manakah konsisten dr segi peningkatan pencapaian  yg dapat kita organisasi lakukan dari hari ke hari.. bulan ke bulan tahun ke tahun??

Sbb itu memperkasa pekerja / pengikut adalah penting utk memastikan PERFORMANCE organisasi berada dalam keadaan yg cemerlang.

Selain itu, cuba wujudkan budaya - budaya yg baik sebagai contoh budaya 5 S dan berbudi bahasa dan budaya - budaya murni yang lain. Cuba juga contohi organisasi2x lain yg mengamalkan budaya yg baik yg dapat kita adaptasikan pada organisasi kita.(buat lawatan ke organisasi yg lain)

Selain itu diperingkat individu, sentiasa cuba lakukan sesuatu kerja lebih baek daripada apa yg dijanjikan. (nnti bos kompem syg lebih punye.. cpt naek pgkat. hehe)

Bahagian Ketujuh: KARISMA DALAM PENAMPILAN

Seringkali kita lihat.. ahli politik adalah seorang yg mempunyai perwatakan yg serius.. itu luaran mereka.. bagaimana pula dgn dalaman mereka??

John F. Kennedy bekas Presiden Amerika.. telah mmpamerkan gmbar beliau bermain - main bersama anaknya di oval Officenya.. Secara tidak langsung telah org ramai mmberikan reaksi yg berbeza dan stghnya agk terkjut dgn gmbar berikut.

Bahagian Kelapan : PERANAN PASANGAN DALAM MMBINA KARISMA

Satu petikan yg menarik yg menarik hati bg sy...

Aku pinta padamu seorang yg simpati,

Seorang yg pakar dalam selok belok perangaiku,

Berapa lama harus ku cari,

Seorang yg sanggup menangis kerana ku,

Berapa lama harus ku tunggu,

Seorang yg mampu ku beritahu rahsiaku.

Petikan daripada  :
Muhammad Iqbal Asrar Al -  Khudi

Dalam bahagian ini, penulis mnceritakan tntg peranan pasangan hidup anda dalam mmbentuk karisma diri kita.

Sebagai contoh yg terbaek adalah isteri Nabi Muhammad S.A.W yaitu Saidatina Khadijah..
Beliau adalah wanita pertama yg menerima ajaran Islam dan mempercayainya. Beliaulah yg menyelimutkan Rasulullah S.A.W  semasa nabi menggigil menerima wahyu Allah melalui perantaraan Jibrail buat pertama kalinya.. Saidatina Khadijah sanggup meninggalkan segala kemewahan  untuk hidup bersama Rasulullah..Disini, Khadijah adalah pasangan yg terbaik bagi pasangan pemimping yg berkarisma. Pasangan pemimpin mengahwini suami mereka keran perjuangan yg dibawa , wawasan yg dicanangkan dan prinsip nilai yg dijunjung. Mereka tidak mengahwini pasangan mereka atas dasar karismatik kemahsyuran dan kuasa.
Jadi hargailah pasangan anda yer?? ^_* x huhu..

Bahagian 9: Merenung ke dalam diri

Untuk menjadi pemimpin yg terbaik, seseorg perlu mnjadi pemimpin yg terbaek dlm diri mereka... Dan kemudiannya barulah dapat memimpin org lain dgn baik..Dengan terbentuknya nilai dalaman dan akhlak yg baik dengan sndrinya diri cahaya karisma dapat terpancar dalam diri...

Kesimpulannya... dlam pmbentukan karisma diri...perlunya pembinaan teras akhlak, Iman dan pengetahuan dr dalaman kerana karisma akan terzahir dengan sendirinya hasil daripada kualiti dalaman yg baik td. Sekian saja perkongsian sy utk kali ini... 

P/s : ini adalah serba sedikit tntg ringkasan buku ini... utk mendapatkan tips yg sepenuhnya.. SILA BELI BUKU NI YE? Sokonglah Produk Buatan Malaysia...

Sumber rujukan: Buku " Anda Berkarisma Apabila" Penulis Dato' Dr. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar.







No comments: