Ape yg Boleh Sy Bantu?? ^_^ x

Nama:
Email Address:
Contact No.
Anda Berminat untuk: Turunkan berat badan
Naekkan berat badan
Perbaiki tahap kesihatan
Keje part time

This contact form was created by Freedback.

Monday, February 21, 2011

Harga Sebuah manifesto...

Gegaran manifesto yang sedang berlangsung di UMP sekarang ini masih lagi terasa.... apatah lagi dengan perdebatan ala presiden yang pertama kali di adakan sewaktu manifesto pada Sabtu malam di KK1.

Terkenang kembali memori semasa di pentas manifesto setahun yang lepas...

Mic stand masih ade lagi... sebelum selamat ku jatuhkan..he

Pada mulanya... agk berat hati kurasekan utk bertanding sebagai MPP.. kerna ku tahu.. tugas menjadi seorang peminpin bukannya mudah... kerana bak kate pepatah " Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul" 

Atas dasar perikemanusiaan..keadaan kehidupan kampus yang kurang baik yang sepatutnya mahasiswa dan mahasiswi UMP Pekan patut rasai...aku bangkit menyahut cabaran....walaupun banyak perkara pahit yang perlu ku telan..

Bercakap tentang manifesto.... semua orang boleh berkata mcm2x tntang janji manis mereka.... Tp ade beberapa perkara yang aku agk sedih dgn manifesto 2011 kali ini... ada sesetengah manifesto yang tidak berpijak pada bumi yang nyata... Ingat teman2x bakal pucuk pimpinan baru sekalian... Setiap manifesto yang dilaungkan itu adalah suatu janji kita pada audiens kita... atau lebih dekat lagi.... pd teman2x kita sendiri... yang akan terus diungkit selagi kita tidak dapat melaksanakannya...

Setelah mmbuat analisis dan menilai akan manifesto yang aku ingin bawakan mngikut kapasiti diri selaku wakil fakulti kejuruteraan mekanikal...

Ini adalah manifesto yang aku telah bawakan sebelum ini:

1. Menggesa pihak bertanggungjawab utk menambah baik perkhidmatan bas yang sedia ada..
2. Menambahbaik kemudahan surau FKM
3. Memperbaiki keadaan kafeteria di kafe fakulti.
4. Memperkasakan Mechapro

Untuk pengetahuan teman2x semua... ku tidak berseorangan dalam menjalankan tugas ku sebagai MPP di Pekan kerana kami bergerak atas satu pasukan...Tidak lupa juga pada sokongan padu drpd barisan pimpinan Mahasiswa di Pekan Saudara Amirul - Presiden Peka 5, Saudara Normazuan (Mamu) - Presiden Mechapro , dan juga Saudara Faris - Presiden EEES

TEMAN SEPERJUANGAN BARISAN MPM 09/10 DI PEKAN.....

Exco Kebajikan 2 ( UMP Pekan)

Exco Penyelidikan dan Tugas- tugas khas.

                                                                                                                                                                                                                                                                 
Exco Publisiti dan Informasi

Naib Yang Dipertua II 

STATUS MANIFESTO:

1. Menggesa pihak bertanggungjawab utk menambah baik perkhidmatan bas yang sedia ada:

* Keadaan Aircond bas yg telah diperbaiki..


Berkenaan dengan permasalahan ini..Kami di pihak MPM telah mengadakan rundingan dengan pihak JPPH untuk menyelesaikan masalah bas. Antara masalah yang telah kami bawakan adalah seperti asap masuk ke dalam bas melalui saluran Aircond, keadaan kerusi bas yang tidak diselenggara dan sikap pemandu bas yang adakalanya memandu secara bahaya.
Hasil daripada rundingan, sebelum bermulanya semester baru, pihak JPPH telah menjemput kami utk bersama - sama memantau keadaan bas di depot bas UMP Gambang. Alhamdulillah... penambahbaikan telah dijalankan.....
kalau diikutkan sebelum ini... keadaan bas di dalam bas yg sangat panas di waktu petang... Keadaan ini telah ditambah baik dengan sistem air cond yg diperbaiki dan air cond bas akan dihidupkan 30 minit sblm bas bergerak ke bus stop untuk mengambil pelajar.
Dan berkenaan dengan masa pergerakan bas, pihak kontraktor telah meletakkan konduktor bas di UMP PEKAN & di UMP GAMBANG... utk memastikan pergerakan bas berjalan lancar..

P/s tp pada sy pemantauan yg berterusan perlu dijalankan memandangkan performance perkhidmatan bas agk tidak konsisten... 

2. Menambahbaik kemudahan surau FKM

Perkara ini telah kami bangkitkan kepada En. Wan Rashid selaku timbalan Pendaftar di UMP PEKAN sejurus saja kami naik sebagai MPP dan Alhamdulillah proses pemasangan audio system telah disempurnakan dlm masa 2 minggu. 

Seterusnya, surau FKM telah dinaikkan taraf utk pelaksaan solat jumaat di dalam UMP PEKAN sahaja, tanpa perlu mahasiswa dan staff keluar utk menunaikan solat jumaat di masjid sekitar pekan..




3. Memperbaiki keadaan kafeteria 


Berkenaan dengan isu kafeteria.. Kami di pihak MPM telah membawa perkara ini terus ke peringkat Dato Naib Chanselor di kediaman beliau. Dan perkara ini telah diambil serius oleh Dato NC dan penambahbaikan kafeteria kolej kediaman telah disegerakan. Untuk isu kafe fakulti, perkara ini juga telah diperpanjangkan ke Dato NC dan  tindakan utk pngubahsuaian semula akan dijalankan utk menjadikan kafeteria ini brtutup.
Dato NC sendiri menjelaskan bahawa, pembangunan di Kampus Pekan agk perlahan atas faktor masalah dana pembangunan UMP yang tidak mencukupi daripada kerajaan.

Keadaan Kafeteria sebelum penambahbaikan..(open - air)


Keadaan kafeteria setelah penambahbaikan...(Covered)

4. Memperkasakan Mechapro:

Berkenaan perkara ini, sy ade mgadakan perbincangan dengan Presiden Mechapro dan seterusnya perbincangan dengan Prof. Rosli (Dekan FKM) utk menyelesaikan masalah kewangan Mechapro. Hasil perbincangan dengan Prof. Rosli, Prof. telah mengarahkan pelajar yang berhutang dengan mechapro membuat pembayaran. Akan tetapi masalah ini belum lagi selesai memandangkan masih ada lagi pelajar yang tidak melunaskan hutang dengan mechapro. 
Pd pndgn peribadi sy, Mechapro mgkin perlu mempergiatkan lagi aktiviti keusahawanan utk menjana kewangan kelab utk memastikan kelancaran dalam menjalankan aktiviti selepas ini.


Selama setahun  memegang jawatan selaku MPM mgkin msih ade lg beberapa idea dan perkara utk sy laksanakan kerana tempoh setahun yg trlalu singkat sy rasakan.. Sy dan teman seperjuangan MPM yg lain memohon ampun ampun dan maaf  atas kelemahan di pihak kami dalam membuat hebahan tentang pmbaharuan yang telah kami bawakan di UMP dan juga jika masih ada janji yg masih lg tidak terkota.....


*Kerana sy sedar... akan tingginya harga sebuah manifesto... ianya bukan janji2x kosong semata... kerana ianya perlu dikota...



HIDUP MAHASISWA!!!!



Sekian... Wassalam..




2 comments:

Fadzrul Hisyam said...

Sekurang-kurangnya, ada hasil atas usaha semua sepanjang tahun ini. Tahniah atas kejayaan yang dicapai dan terima kasih atas segala usaha yang telah dicurahkan.

Diharapkan bakal pengganti perjuangan kita akan menjadi lebih matang dan lebih rasional dalam merancang dan menyelesaikan.

criticalthinker said...

Itulah yg kita harapkan....
Tp perjuangan kita tidak tamat disini saje.. :) hehe..